Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Friday, February 20, 2015

TRIP KEMBARA HATYAI ANJURN CRC - 21 HARI LAGI

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Trip Kembara Hatyai tinggal lagi 21 hari, kepada warga HRC yang mengikuti rombongan ini diminta untuk bersiap sedia semua peralatan , dokumen dan pastikan kenderaan dalam keadaan sempurna.


Admin

Wednesday, February 18, 2015

PROGRAM KEMBARA HATYAI SIRI 10 ANJURAN CRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Satu HRC.

Warga HRC TRG telah dijemput oleh CRC TRG untuk turut serta dalam Program Kembara Hatyai siri 10. 


TRIP KEMBARA JALINAN KASIH KE HATYAI SIRI KE 10. PROGRAM KEMBARA SEMPENA CUTI SEKOLAH.

TARIKH : 13, 14, 15 MARCH 2015 ( JUMAAT, SABTU , AHAD )
TEMPAT BERKUMPUL : PERKARANGAN MASJID BEIJING - RANTAU PANJANG.
FREKUENSI RADIO : V28 - 145.350

Admin

Sunday, February 1, 2015

GOTONG ROYONG BERSIH PANTAI PAKA ANJURAN CRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu Program gotong royong membersih Pantai Paka akan diakan dalam konsep Memelihara Alam Sekitar.


Program : Gotong Royong Bersih Pantai Paka
Tarikh : 06 Feb 2015
Hari  : Jumaat , jam 0430 petang ( selepas solat asar )
Dijayakan bersama oleh : PDRM Dungun / Paka ,HRC TRG ,  Kelab Exora Be'keng, Ribat As-Syafie, Alumini Sek J82 dan lain lain.

Peserta diminta untuk membawa cakar sampah sekiranya ada.
Plastik sampah dan lori akan diuruskan oleh Biro CRC TRG.

Admin

Tuesday, September 9, 2014

TRIP SANTAI KELUARGA KE CAMRON HIGHLAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


CRC TRG akan mengadakan Trip Santai Keluarga ke Cameron Highland yang akan diadakan pada 26 dan 27 Sept 2014. 

Konvoi akan berlepas dari Bandar Paka pada jam 0430 pagi melalui jalan Paka - Lpt - Kuala Berang - Kenyir - Felda Aring - Gua Musang - Simpang Pulai - Cameron Highland.

Tempat penginapan Puncak Arabella , Tanah Rata , Cameron Highland,

Admin

Thursday, September 4, 2014

TEMPAHAN BAJU KEMBARA HATYAI SIRI 9 DIBUKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tempahan baju kembara Hatyai siri 9 telah dibuka, dua warna untuk dipilih samada hitam atau putih. Tempahan ini terbuka kepada semua.

Untuk Dewasa
Jenis Baju : T-shirt, round neck, lengan panjang
Size : S - 3XL , 
Anggaran Harga : Rm 30 - Rm 35

Untuk Kanak - Kanak
Jenis Baju : T-shirt, round neck, lengan pendek
Size : 28, 30, 32
Anggaran Harga : Rm 20 - Rm 22


Untuk Tempahan - sila berhubung dengan Along Dieyla a.k.a Sierra 6 ( 9W2IMM ) 
di talian Hp 019 9309533
Admin

Saturday, August 30, 2014

SIJIL KELAB HRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sijil Pendaftaran ROS yang telah dikeluarkan untuk Helang Recreation Club Terengganu atau HRC TRG. Kelab HRC TRG telah didaftarkan dengan secara rasminya pada 11 Mei 2014.

Admin

KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND - SIRI 9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CRC merancang mengadakan Kembara Jalinan Kasih ke Thailand Siri ke 9. Program ini dijadualkan seperti berikut : - 

TARIKH : 14,15,16 & 17 NOV 2014
HARI : KHAMIS, JUMAAT, SABTU, AHAD
PINTU MASUK : SUNGAI GOLOK
KENDERAAN : SENDIRI
ROUTE : SUNGAI GOLOK - SUNGAI PADI - HATYAI - KRABI


14.08.2014
07.00 PAGI - MAKAN PAGI SEBELAH MASJID BEIJING
08.00 PAGI - BERKUMPUL DI MASJID BEIJING , RANTAU PANJANG
08.30 PAGI - MULA MEMASUKI SEMPADAN
11.00 PAGI -SELESAI URUSAN IMIGRESEN DAN MENUJU KE SUNGAI PADI
11.30 PAGI - SAMPAI DI SUNGAI PADI / BEREHAT
12.30 TGH - BERLEPAS KE BANDAR HATYAI
04.00 PTG - SAMPAI HOTEL - PRESIDENT
05.00 PTG - BERGERAK KE PASAR TERAPUNG KLONG HAE - HATYAI
08.00 MLM - BALIK HOTEL / ACARA BEBAS

15.08.2014
08.00 PAGI - MAKAN PAGI
09.00 PAGI - KE PASAR HATYAI / SHOPPING
07.00 MLM - MAKAN STEAMBOAT ( MAKAN SAMPAI KOMA )
09.00 MLM - ACARA BEBAS

16.08.2014
08.00 PAGI - MAKAN PAGI
08.30 PAGI - SHOPPING 
11.00 PAGI - CHECK OUT
12.00 TGH - BERLEPAS KE KRABI
0230 PTG - SAMPAI HOTEL - KRABI
0330 PTG - ACARA BEBAS

17.11.2014
0800 PAGI - MAKAN PAGI
0900 PAGI - SHOPPING
11.00 PAGI - CHECK OUT DAN BALIK KE MALAYSIA
0800 MLM - SAMPAI DI SEMPADAN MALAYSIA / THAILAND

ADMIN

Friday, April 25, 2014

RAKAN HELANG RECREATION CLUB TERENGGANU - HRC TRG

Assalamualaiakum,

Untuk makluman Community & Recreation Club - CRC adalah rakan kerjasama HRC Trg dalam program khidmat masyarakat ( Community Service ).


Admin

Thursday, April 24, 2014

HELANG RECREATION CLUB TERENGGANU

Assalamualaikum semua,

Berikutan pembubaran Kelab Rekreasi Helang Dungun, Terengganu pada 05 March 2014. Dengan pembubaran itu Kelab ini telah ditukar kepada nama yang baru dan no pendaftaran yang baru serta AJK yang baru, Kelab HRC kini dikenali dengan : -

KELAB REKREASI HELANG TERENGGANU

Admin

Wednesday, February 20, 2013

LAWATAN PERSAHABATAN DARI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, HRC - CPS menerima kunjungan hormat daripada Orang Besar Daerah Sungai Padi , Golok Thailand dan turut hadir ialah wakil kepada Jeneral Sechan - sebagai balasan daripada kunjungan HRC - CPS ke Thailand pada Dec 2012 dan Jan 2013.


Insyallah HRC - CPS akan mengadakan trip keluarga ke Hatyai sesi ke 3 pada cuti sekolah ini ialah paa 30 , 31 May, 01 dan 02 Jun 2013 ,, trip selama 4 hari 3 malam.

Webmaster

Sunday, January 6, 2013

RIBUT TROPICAL YANG KUAT - PANTAI TIMUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amaran Ribut Tropical yang kuat sedang menghala ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Negeri yang dijangka akan dilanda ribut tropika ini ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Diminta kepada semua untuk lebih berwaspada. Kedudukan ribut setakat jam 09.03 pagi tadi (06 Jan 2013 ) ialah 759 Km dari Pantai Dungun, Terengganu. Harap Maklum


DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 


TARIKH: 06 Januari 2013

 
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (63) 

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 09:03AM 06 Januari 2013 

Peringkat : Ribut Tropika Kuat (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.0 Utara; Longitud 109.9 Timur; kira-kira 557 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Selatan-Barat Daya dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 759 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Webmaster

Friday, December 7, 2012

JEMPUTAN WALIMATUL URUS TUAN PRESIDEN

ASSALAMUALAIAKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Dengan Lafaz Bismillah , saya dengan ini menjemput Dato' / Datin / Tuan / Puan dan sahabat handai ke Majlis Walimatul Urus Adinda saya .

Selaku anak sulong dalam keluarga dan mengambil tanggung jawab dari arwah ayahanda untuk menjaga dan menguruskan perkahwinan adinda saya Nur Asma bte Mohamed dgn pasangannya Mohd Hairi bin Atan

Majlis akan berlangsung di teratak ibunda saya di : 
No 64 A, Jalan Pusara, Kampung Nyior, 23100 Paka, Dungun, Terengganu
GPS Long / Lat : N04 40.004 - E103 24.653
Calling Frekuensi : V28 ( 145.350 ), 9W2DMM, 9W2YMM, 9W2IMM, 9W2OMM 

Mewakili Presiden

Webmaster

Thursday, November 1, 2012

TRIP KELUARGA HRC - CPS KE HATYAI , THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


HRC - CPS merancang untuk mengadakan percutian keluarga ke Hatyai , Thailand sempena cuti sekolah yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Aturcara Program adalah seperti berikut :
Ketua Penyelaras Program : Abg Azmi ( 9W2EAZ - Sierra 09 )
Penolong Penyelaras Program : Abg Fandi ( 9W2DMM - Sierra 01 )

Tarikh :
- 21 Nov 2012 : 05.00 ptg - Berlepas dari Paka dan bermalam di Rantau Panjang
- 22 Nov 2012 : 08.00 pagi - Memasuki Thailand melalui Sungai Golok
- 23 Nov 2012 - Hatyai dan  Krabi
- 24 Nov 2012 : Hatyai Trip
- 25 Nov 2012 L 09.00 pagi Berlepas untuk pulang ke Malaysia.

Eyeball : 18 Nov 2012 ( Malam ) , Tempat : Base 9W2DMM

Webmaster

Wednesday, October 10, 2012

KEJOHANAN MOTOGP DI SEPANG PADA 21 OCT 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jom kita pakat ramai - ramai gie sokong Adik Zulfahmi di kejohanan Motogp pada 21 Oct 2012. 


Webmaster

Monday, September 10, 2012

MAJLIS KESYUKURAN DAN PERPISAHAN TUAN MAHADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


HRC dan CPS merancang untuk mengadakan Satu Majlis Kesyukuran dan Majlis Perpisahan untuk Tuan OCS Paka , ASP Mahadi Hussin ( Oscar Charlie ) - 9W2WSV.

Majlis Kesyukuran : Permintaan dari warga CPS yang lulus dalam RAE 2012
Majlis Perpisahan : Tuan Mahadi akan berpindah ke Istana Kelantan
Majlis Suai Kenal : Tuan Sabri ( OCS Baru Balai Polis Paka )

Sehubungan dengan itu , majlis akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 20 Sept 2012 , Khamis , Jam 0830 malam.
Tempat : Perkarangan Pusat Kawalan CPS Paka.

Konsep : POT LUCK , 
Setiap keluarga diminta untuk menyediakan satu juadah lauk dan satu juadah kuih muih. 

Air Minuman / Nasi Putih / Bekas Makanan / Minuman akan disediakan.

Webmaster

Tuesday, August 14, 2012

PROGRAM BERBUKA PUASA SANTAI KELUARGA HRC / CPS / TV9

Assalamualaikum dan Salam Satu Ramadhan,


Insyallah HRC - CPS akan mengadakan Program Berbuka Puasa bersama keluarga  yang berkonsepkan "Pot Luck " . Setiap keluarga diminta untuk menyediakan satu juadah lauk dan dua jenis kuih muih. Setiap keluarga di minta untuk membawa tikar atau alas tempat duduk.

Nasi Putih, Bekas Makanan , Minuman  dan Bekas Minuman akan disediakan

Info Program

Program Berbuka Puasa Santai Bersama Keluarga
Tempat : Perkarangan Pos Kawalan CPS Paka , Taman Murni Perdana, Paka
Tarikh : 15 Aug 2012 ,
Hari : Rabu
Jam : 05.00 petang - 08.00 malam


Program Sampingan : 
Memberi bantuan kelengkapan raya kepada 5 adik beradik yatim piatu
Program anjuran bersama HRC / CPS / TV9 / Harian Metro
Tarikh : 15 aug 2012 / Rabu
Bermula pada jam 04.30 petang
Berkumpul : Di Balai Polis Paka
Info : 5 adik beradik ini juga akan turut berbuka puasa di Pos Kawalan CPS Paka.

Kepada yang memiliki baju HRC dikehendaki sila pakai untuk program ini.

Kepada yang ingin menyumbang pada keluarga 5 adik beradik yatim piatu ini boleh lah berurusan dengan :

En Azmi Tufail Ahmad - Sierra 9 - Biro Kebajikan HRC
En Samsuri Sulong - Sierra 47- Tim Biro Kebajikan HRC
En Azro Ariff Yahya - Sierra 28 - Biro Teknikal HRC
En Kamal Ismail - Sierra 48 - Tim Biro Teknikal HRC

Webmaster

Saturday, August 11, 2012

MAJLIS AQIKAH ANAKANDA KEPADA ABG MOON - S12 - 9W2PCY

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

Saya mewakili Abg Moon - S12 - 9W2PCY menjemput para sahabat seisi keluarga untuk ke Majlis Aqikah anakanda kepada Abg Moon.


Perjumpaan akan diadakan pada 24 Aug 2012 bagi memberi bantuan kepada Abg Moon dalam usaha menyerikan lagi majlis beliau ini. Tempat perjumpaan di Pusat Kawalan CPS Paka - Papa Kilo pada jam 0600 petang. Hari Jumaat.

Majlis : Kesyukuran dan Aqikah
Aturcara Majlis : 11.00 pagi - 0600 ptg
Tarikh : 25 Aug 2012
Hari : Sabtu
Calling Frekuensi : V28 & 9M4RBT
Tempat : Base Station Abg Moon , Paka, Terengganu

Webmaster

Monday, July 30, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SANTAI BERSAMA KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

HRC dan Rakan CPS Paka merancang mengadakan satu majlis berbuka puasa yang berkonsepkan Pot Luck. Setiap keluarga diminta untuk menyediakan satu lauk dan dua jenis kuih muih. Jemputan adalah terbuka kepada sesiapa yan ingin turut serta.

Nasi putih / minuman . bekas minuman / pinggan akan disediakan. Para keluarga dikehendaki membawa alas atau tikar masing masing. Kepada rakan HRC sila pakai baju rasmi HRC , sesi bergambar akan diadakan untuk dimuat turun di FB / website dan juga akhbar.

Tarikh : 04 Aug 2012 , 
Hari : Sabtu
Jam 0600 petang, 
Tempat : Perkarangan Balai Polis Paka

Webmaster

Thursday, July 19, 2012

HRC DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama HRC terpahat di Puncak Gunung Kinabalu, terpahat lagi satu sejarah buat HRC. Sama sama kita memanjatkan doa agar Helang Recreation Club - HRC terus berdaya maju dan berjaya dalam mengharungi ranjau dan duri. 

HRC Terbaekkk

Webmaster

Thursday, June 21, 2012

EKSPEDISI KE PUNCAK GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, bermulalah satu pendakian menuju ke puncak Gunung Kinabalu, Insyallah dalam masa terdekat akan kita paparkan Lambang HRC di Puncak Gunung Kinabalu , 


Pendakian bermula pada 19 - 22 Jun 2012 . Semoga para pendaki selamat pergi dan kembali.

Webmaster