Wednesday, November 26, 2014

KEMBARA AMAL KE HATYAI SIRI 10 ANJURAN CRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

CRC telah aktifkan Kembara Amal Jalinan Kasih Siri 10 ke Hatyai yang akan dijadualkan pada 13,,14,,15 March 2015 sempena cuti sekolah.


Tempat pertemuan semua peserta konvoi di Masjid Beijing , Rantau Pnjang pada jam 0730 pagi. Konvoi akan mula berlepas memasuki sempadan Malaysia / Thailand pada jam 0800 pagi.


Konvoi akan menyampaikan sumbangan kepada Abg Lie untuk naik taraf Masjid Sungai Padi. Semua peserta konvoi diminta untuk mencari dana sumbangan ikhlas ini.

Apa yang diperlukan ialah Passport Antarabangsa, Geran Asal Kenderaan dam sekiramya memandu kenderaan orang lain , pemandu kenderaan dikehendaki mendapatkan surat akuan perlepasan memandu dari tuan asal. 

Contoh surat akuan boleh didadapti dgn AJK Konvoi - Fandi - Sierra 1, Hp 0199131333.

Admin

Tuesday, September 9, 2014

TRIP SANTAI KELUARGA KE CAMRON HIGHLAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


CRC TRG akan mengadakan Trip Santai Keluarga ke Cameron Highland yang akan diadakan pada 26 dan 27 Sept 2014. 

Konvoi akan berlepas dari Bandar Paka pada jam 0430 pagi melalui jalan Paka - Lpt - Kuala Berang - Kenyir - Felda Aring - Gua Musang - Simpang Pulai - Cameron Highland.

Tempat penginapan Puncak Arabella , Tanah Rata , Cameron Highland,

Admin

Thursday, September 4, 2014

TEMPAHAN BAJU KEMBARA HATYAI SIRI 9 DIBUKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tempahan baju kembara Hatyai siri 9 telah dibuka, dua warna untuk dipilih samada hitam atau putih. Tempahan ini terbuka kepada semua.

Untuk Dewasa
Jenis Baju : T-shirt, round neck, lengan panjang
Size : S - 3XL , 
Anggaran Harga : Rm 30 - Rm 35

Untuk Kanak - Kanak
Jenis Baju : T-shirt, round neck, lengan pendek
Size : 28, 30, 32
Anggaran Harga : Rm 20 - Rm 22


Untuk Tempahan - sila berhubung dengan Along Dieyla a.k.a Sierra 6 ( 9W2IMM ) 
di talian Hp 019 9309533
Admin

Saturday, August 30, 2014

SIJIL KELAB HRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sijil Pendaftaran ROS yang telah dikeluarkan untuk Helang Recreation Club Terengganu atau HRC TRG. Kelab HRC TRG telah didaftarkan dengan secara rasminya pada 11 Mei 2014.

Admin

KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND - SIRI 9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CRC merancang mengadakan Kembara Jalinan Kasih ke Thailand Siri ke 9. Program ini dijadualkan seperti berikut : - 

TARIKH : 14,15,16 & 17 NOV 2014
HARI : KHAMIS, JUMAAT, SABTU, AHAD
PINTU MASUK : SUNGAI GOLOK
KENDERAAN : SENDIRI
ROUTE : SUNGAI GOLOK - SUNGAI PADI - HATYAI - KRABI


14.08.2014
07.00 PAGI - MAKAN PAGI SEBELAH MASJID BEIJING
08.00 PAGI - BERKUMPUL DI MASJID BEIJING , RANTAU PANJANG
08.30 PAGI - MULA MEMASUKI SEMPADAN
11.00 PAGI -SELESAI URUSAN IMIGRESEN DAN MENUJU KE SUNGAI PADI
11.30 PAGI - SAMPAI DI SUNGAI PADI / BEREHAT
12.30 TGH - BERLEPAS KE BANDAR HATYAI
04.00 PTG - SAMPAI HOTEL - PRESIDENT
05.00 PTG - BERGERAK KE PASAR TERAPUNG KLONG HAE - HATYAI
08.00 MLM - BALIK HOTEL / ACARA BEBAS

15.08.2014
08.00 PAGI - MAKAN PAGI
09.00 PAGI - KE PASAR HATYAI / SHOPPING
07.00 MLM - MAKAN STEAMBOAT ( MAKAN SAMPAI KOMA )
09.00 MLM - ACARA BEBAS

16.08.2014
08.00 PAGI - MAKAN PAGI
08.30 PAGI - SHOPPING 
11.00 PAGI - CHECK OUT
12.00 TGH - BERLEPAS KE KRABI
0230 PTG - SAMPAI HOTEL - KRABI
0330 PTG - ACARA BEBAS

17.11.2014
0800 PAGI - MAKAN PAGI
0900 PAGI - SHOPPING
11.00 PAGI - CHECK OUT DAN BALIK KE MALAYSIA
0800 MLM - SAMPAI DI SEMPADAN MALAYSIA / THAILAND

ADMIN

Wednesday, May 14, 2014

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN ANJURAN CRC

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Keratan Akhbar Kembara Yang Lepas
CRC akan mengadakan Kembara Amal Ambang Ramadhan bagi tujuan menghulurkan sumbangan kepada Warga Emas, Anak Yatim dan Keluarga Miskin.

Kembara ini akan diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba. Kembara ini dijadualkan seperti berikut : - 

Tarikh : 28 Jun 2014
Hari : Sabtu 
Konovi akan bermula di hadapan Balai Polis Paka dan akan membuat 3 hentian 
Hentian Pertama : Perkarangan Masjid Serdang
Hentian Kedua : Perkarangan Balai Polis AMBS
Hentian Terakhir : Perkarangan Hotel Qamar - Paka.

Agihan Sumbangan : Jangkaan sebanyak 20 keluarga di setiap hentian dan sumbangan mungkin akan menjadi lebih bergantung kepada jumlah sumbangan yang CRC terima.

Kepada para penyumbang dan penderma , tuan / puan dijemput untuk menyerahkan sumbangan kepada penerima di hari kembara tersebut sekiran berkelapangan. 

Sumbangan yang dipohon adalah dalam bentuk wang ringgit, ini kerana memudahkan bagi pihak AJK menyelaras sumbangan dalam bentuk yang sama dan teratur. Kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk CEK sila alamatkan kepada KELAB KOMUNITI DAN REKREASI DUNGUN , Bank : Maybank , No Akaun : 5630 8210 3362

Resit akan dikeluarkan sebagai akuan penerimaan sumbangan. Kepada penyumbang kami dari CRC ingin memohon Logo ,  Lambang Syarikat atau Kelab bagi kami memuat turun di website rasmi kelab di http://www.crc-trg.com dan juga untuk banting / banner / akhbar.

Admin   

Friday, April 25, 2014

RAKAN HELANG RECREATION CLUB TERENGGANU - HRC TRG

Assalamualaiakum,

Untuk makluman Community & Recreation Club - CRC adalah rakan kerjasama HRC Trg dalam program khidmat masyarakat ( Community Service ).


Admin

Thursday, April 24, 2014

HELANG RECREATION CLUB TERENGGANU

Assalamualaikum semua,

Berikutan pembubaran Kelab Rekreasi Helang Dungun, Terengganu pada 05 March 2014. Dengan pembubaran itu Kelab ini telah ditukar kepada nama yang baru dan no pendaftaran yang baru serta AJK yang baru, Kelab HRC kini dikenali dengan : -

KELAB REKREASI HELANG TERENGGANU

Admin