Showing posts with label RADIO AMATEUR ACTIVITY. Show all posts
Showing posts with label RADIO AMATEUR ACTIVITY. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

BANTUAN KOMUNIKASI BANJIR OLEH WARGA CRC - HRC

Assalamualaikum dan Salam Satu HRC,

Khidmat masyarakat secara sukarela dengan memberi bantuan komunikasi kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam menguruskan mangsa banjir bagi Daerah Dungun. Tahniah untuk semua.










Admin

Friday, April 19, 2013

PERMOHONAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 2-2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Permohonan untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur siri 2-2013 telah dibuka, sila war warkan kepada rakan rakan yang berminat untuk menghantar borang sebelum 10 Mei 2013. Peperiksaan akan diadakan pada 26 Jun 2013.

Webmaster

Sunday, March 24, 2013

PEMASANGAN ANTENNA DI BASE 9W2DMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Acara mendirikan antenna di base Presiden 9W2DMM , a.k.a Sierra 1 terima kasih kepada warga HRC dan CPS yang telah menghulurkan bantuan.






Webmaster

Wednesday, December 26, 2012

PEPERIKSAAN RAE SIRI 2-2012 DI UMT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warna warni di hari peperiksaan radio amatur siri 2-2012. Kepada calon yang menduduki peperiksaan kami warga HRC dan CPS mendoakan agar kejayaan milik tuan tuan semua. aamiin



Webmaster

Friday, November 16, 2012

KELAS RAE DI PONDOK BERSAMAMU CPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelas RAE yang pertama telah berjaya diadakan di Pondok Buruk Bersamamu CPS, alahmadullilah sambutan yang cukup menggalakan. Terima kasih kepada orang laman yang turut sama memberi sokongan moral kepada bakal calon calon yang akan menduduki peperiksaan RAE pada 19 Dec 2012. Terima kasih kepada 9W2DMM selaku Tenaga Pengajar dan juga menu Ikan Celup Tepung. 


Terima kasih kepada Abg Kamal - 9W2KBI diatas persediaan kertas kertas soalan dan nota. Semoga kejayaan mengiring kepada Calon Calon RAE 2-2012.

Webmaster

Friday, November 2, 2012

KELAS RAE UNTUK PEPERIKSAAN SIRI 2 - 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Kelas Radio Amatur untuk sesi 2012 siri 2 akan diadakan seperti berikut : 
Tarikh : 15 Nov 2012
Hari : Khamis malam Jumaat
Jam : 0900 malam
Tempat : Pos Kawalan CPS Paka, Taman Murni Perdana
Apa yang perlu dibawa : Air Mineral 2 botol dan sejenis kuih.



RADIO AMATUR

Webmaster

Friday, October 12, 2012

PERJUMPAAN DAN SESI PENGENALAN RADIO AMATUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, satu perjumpaan bagi sesi pengenalan Radio Amatur akan diadakan pada :

18 Okt 2012 , Khamis malam Jumaat, Jam 0900 malam , di Pos Kawalan CPS Paka.

Kepada Calon yang telah memohon untuk menduduki peperiksaan sila sediakan Pendrive / Portable Harddrive untuk menyalin contoh soalan dan nota. Kepada yang tiada, kami akan membantu untuk memberi salinan nota dan contoh kertas ujian bagi rujukan.

Webmaster

Tuesday, October 2, 2012

RAE KEMBALI LAGI UNTUK SIRI 2012-2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Untuk makluman sahabat yang dihormati , permohonan untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur - RAE telah pun dibuka, TARIKH TUTUP PERMOHONAN 19 Oct 2012. 

Tarikh menduduki peperiksaan pada 19 Dec 2012.

Webmaster

Friday, September 28, 2012

AIR CRASH EXERCISE - COMMUNICATION & RESCUE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Latihan bersama 23 Agensi, alhamdullilah selaku Communications dan Rescue Teams,, HRC - CPS telah berjaya mengendalikan Program Air Crash Exercise ini. Semua agensi memberikan komitmen terbaik bagi menjayakan program latihan bencana udara ini.














Webmaster

Thursday, September 13, 2012

TAHNIAH UNTUK ABG ISHAM UNTUK 9M2IDX

Assalamualaikum dan Salam Satu HRC,

Kami warga HRC dan keluarga mengucapkan sekalung tahniah diatas kejayaan Abg Isham - Timbalan Presiden HRC kerana telah berjaya mendapat sayap yang baru - Kelas A. Alhamdullilah Warga Paka bertuah kerana memilik dua insan yang mempunyai sayap kelas A. Beliau akan menggunakan 9M2 IDX


Webmaster

Monday, September 3, 2012

MESYUARAT UNTUK LATIHAN AIRCRAFT CRASH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesyuarat untuk Program Latihan bersama bertemakan Aircraft Crash diantara Petronas Wilayah Pantai Timur, HRC , PDRM, Petronas Airport Kerteh, MHS, WESTSTAR, JPAM , Majlis Daerah Kemaman , RELA , Kementerian Kesihatan dll.









Webmaster

MESYUARAT UNTUK LATIHAN AIRCRAFT CRASH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesyuarat untuk Program Latihan bersama bertemakan Aircraft Crash diantara Petronas Wilayah Pantai Timur, HRC , PDRM, Petronas Airport Kerteh, MHS, WESTSTAR, JPAM , Majlis Daerah Kemaman , RELA , Kementerian Kesihatan dll.


Webmaster

Thursday, August 9, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN RAE SIRI 2012-1

Assalamualaikum dan Salam Ramdhan,

Semakan peperiksaan radio amatur siri 2012-1 . Tuan / puan boleh menyemak secara online melalui alamat halaman web SKMM seperti tertera dibawah.

https://sems.skmm.gov.my/sems/applicatregistrations/checkstatus

Kepada yang berjaya, kami warga HRC mengucapkan tahniah dan kepada yang gagal jangan berputus asa , jumpa di RAE 2012-2 pada Dec 2012 ini.

Webmaster

Wednesday, June 13, 2012

MEMBAIK PULIH PENGULANG 9M4RBT DI PUNCAK BAUK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati , pengulang 9M4RBT telah kembali bertugas, terima kasih kepada sahabat sahabat yang mendaki ke puncak Bauk bagi membaik pulih 9M4RBT. 


Antara yang turut serta dalam ekpedisi pendakian ialah 9W2WSC, 9W2EAZ, 9W2CPI, 9W2MTN, En Mustafa dan terima kasih kepada rakan rakan yang turut membantu memberi audio check semasa kerja kerja penyelenggaran berlangsung.

Webmaster

Tuesday, June 12, 2012

REPEATER MAINTENANCE 9M4RBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kerja kerja maintenance akan diadakan pada 13 Jun 2012. Ini berikutan 9M4RBT tidak berfungsi , team teknikal akan kepuncak Bukit Bauk untuk menukar kepada linking repeater yang baru.

Repeater 9M4RBT dilaporkan tidak berfungsi pada 11 June 2012. Kepada pengguna diharap bersabar. 

Harap maklum

Webmaster

Thursday, June 7, 2012

SEMAKAN PEPERIKSAAN RAE SIRI 2012-1

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Semakan peperiksaan radio amatur ( RAE ) Siri 2012-01 melalui laman website SKMM. Selamat berjaya kepada semua calon RAE pada bukan 27 Jun 2012.

Sila klik link dibawah dan klik status , masukan no IC tuan / puan

SEMAKAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2012-1

Webmaster

Thursday, May 17, 2012

MAJLIS PENERANGAN SRS DI PERUMAHAN PANALEK KERTEH

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Majlis taklimat SRS dan penerangan cara penggunaan radio bagi rondaan SRS di Perumahan Panalek, Kerteh. Terima kasih kepada semua Warga HRC yang turut sama memberi sokongan kepada komuniti SRS Panalek Kerteh. HRC Terbaekkk



Webmaster