Showing posts with label Scuba Activity. Show all posts
Showing posts with label Scuba Activity. Show all posts

Friday, July 29, 2011

KEMASKINI PROGRAM KEMBARA AMAL - PARLIMEN DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kemaskini Program Kembara Amal Ambang Ramadhan
Parlimen Dungun.

Sarapan Pagi - Sarapan pagi ditaja sepenuhnya oleh Pihak Pengurusan Hotel Residence Resort ,
Pendaftaran : Para peserta mendaftarkan diri untuk proses penjumlahan kereta dan para peserta / keluarga

Sarapan bermula dari jam 07:30 pagi - 08:45 pagi.

09:00 pagi - Berlepas - Konvoi akan berlepas dari perkarangan Hotel Residence Resort Paka, melalui jalan Paka - Dungun - Che Lijah

09:50 pagi - Check point pertama : Perkarangan Masjid Serdang , Dungun. ( 10 Keluarga )

11:50 pagi - Check point kedua : Perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah , Dungun. (11 Keluarga )

01:50 petang - Check point ketiga : Perkarangan Dewan Sivik Paka , Dungun. ( 10 Keluarga )

02.20 petang - Sesi Bergambar

02: 40 petang - Makan Tengahari dan Majlis Bersurai

Webmaster

Sunday, July 24, 2011

SCUBA BERSAMA ABG PAUZI 9W2MPN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Program Scuba yang disertai oleh Abg Pauzi di Pulau Kapas,,,, semoga usaha beliau dan rakan rakan scuba yang lain terus mendapat sokongan bagi memastikan taman taman laut kita terus terpelihara.

Webmaster

Tuesday, June 21, 2011

SCUBA BERSAMA ABG PAUZI 9W2MPN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Scuba - memelihara Taman Laut di Pulau Tenggol Dungun, syabas Abg Pauzi and the gangs atas usaha murni ini.

Webmaster

Friday, June 17, 2011

JOM SCUBA BERSAMA BANG PAUZI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejenak bersama Abang Pauzi 9W2MPN menyelami lautan biru di Pulau Tenggol , Dungun , Terengganu, yang semestinya menjanjikan kepuasan kepada yang meminati panorama dasar laut ciptaan Illahi yang begitu unik dan indah.










Webmaster

Monday, May 30, 2011

KELUARGA HRC YANG BARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami warga kerja dan seluruh keluarga Helang Recreation Club mengucapkan Selamat Datang dalam keluarga HRC. Ucapan Selamat Datang ditujukan kepada Abg Pauzi 9W2PZ, Adik Rafie 9W2WRF dan Abg Rozaimi 9W2TOK . Semoga dengan kehadiran rakan rakan baru ini menambah keceriaan dalam keluarga Helang Recreation Club. Insyallah

Abg Pauzi 9W2PZ dan Keluarga

Abg Rozaimi 9W2TOK

Adik Rafie 9W2WRF

Webmaster

Sunday, January 16, 2011

SALAM TAKZIAH - ABG ZAIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua warga HRC , Ayahnda kepada Tuan Bendahari HRC - Abg Zaim telah pulang ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi ini. Marilah kita semua sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman... amin

Webmaster

Sunday, October 31, 2010

HRC DI ISTANBUL - TURKI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan HRC yang di sayangi, baru jer Tuan Presiden membawa nama HRC ke London dan Paris,,, sambungannya ialah 9W2BRD - Abg Bad AJK IT telah membawa baju rasmi HRC ke Istanbul , Turki,,syabas untuk Abg Bad.

HRC ,,namamu ku bawa ke Istanbul , Turki,,, seperti mana yang lain ku bangga dengan lambang HRC ku.

Antara mercu tanda Kota Istanbul , Turki.

Webmaster

Thursday, April 22, 2010

Jom SCUBA bersama 9W2MPN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan, Rakan kita 9W2MPN - Pak Pauzi telah terlibat dalam aktiviti
Scuba Diving dalam projek sukarela bagi memelihara dasar laut di persekitaran Pulau Perhentian.

Projek ini dikenali sebagai : REEF CLEAN UP 2010 - PERHENTIAN CHAPTER

Syabas untuk beliau dan kawan kawan diatas usaha murni yang telah dibuat. Kepada yang berminat untuk mengikuti aktiviti Scuba Diving ini bolehlah berhubung dengan webmaster HRC
untuk mendapatkan info selanjutnya dari 9W2MPN.

Sekian.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com