LOGO RASMI HRC |
Alhamdullilah , setelah hampir 1 bulan bergerak diatas nama penaja akhirnya Kelab Rekreasi Helang , Terengganu telah berjaya didaftarkan secara rasminya dengan Pendaftar Pertubuhan pada 11 Mei 2014 dengan menggunakan No Pendaftaran PPM-11-011-11052014 dan beralamat di No 15, Taman Desa Murni 2, 23100 Paka, Dungun , Terengganu Darul Iman.
PENGASAS HELANG RECREATION CLUB - FANDI 9W2DMM |
PASSWORD : deep...
Kelab Rekreasi Helang ( HRC ) ini adalah sebuah badan NGO yang bergerak untuk merapatkan ukhwah dikalangan penduduk setempat di Negeri Terengganu amnya.
Pendaftaran untuk menjadi ahli dibuka kepada semua bangsa yang berumur 18 tahun keatas yang tinggal ataupun bekerja di Negeri Terengganu.
Yuran pendaftaran adalah seperti berikut :
Yuran Pendaftaran : Rm 10.00
Yuran Tahunan : Rm 10.00
Helang Recreation Club ( HRC ) adalah sebuah kelab rekreasi dan tidak mensasarkan hanya pada satu aktiviti sahaja, pelbagai elemen aktiviti yang dijalankan oleh Helang Recreation Club , sepertimana yang kita maklum minat seseorang adalah tidak sama , mengambil kira semua itu Helang Recreation Club telah memilih 6 aktiviti utama antaranya ialah :
Aktiviti Utama yang dijalankan oleh Helang Recreation Club
1 - Radio Amatur
2 - Kenderaan Pacuan 4 Roda / ATV
3 - Kenderaan Pacuan 2 Roda
4 - Menembak dan Memanah
5 - Scuba Diving dan Sukan Air
6 - Aktiviti Sosial dan DSLR