Showing posts with label Aktiviti Kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kemasyarakatan. Show all posts

Friday, October 28, 2016

GOTONG ROYONG BERSIH TASIK PUTERI BUKIT BESI

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

Program gotong royong membersih kawasan Tasik Puteri Bukit Besi yang turut dijayakan bersama BBCC, Ketengah dan Pejabat DUN Bukit Besi. Sama - sama kita memelihara alam semulajadi yang indah ini. 


















Admin

Wednesday, November 26, 2014

KEMBARA AMAL KE HATYAI SIRI 10 ANJURAN CRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

CRC telah aktifkan Kembara Amal Jalinan Kasih Siri 10 ke Hatyai yang akan dijadualkan pada 13,,14,,15 March 2015 sempena cuti sekolah.


Tempat pertemuan semua peserta konvoi di Masjid Beijing , Rantau Pnjang pada jam 0730 pagi. Konvoi akan mula berlepas memasuki sempadan Malaysia / Thailand pada jam 0800 pagi.


Konvoi akan menyampaikan sumbangan kepada Abg Lie untuk naik taraf Masjid Sungai Padi. Semua peserta konvoi diminta untuk mencari dana sumbangan ikhlas ini.

Apa yang diperlukan ialah Passport Antarabangsa, Geran Asal Kenderaan dam sekiramya memandu kenderaan orang lain , pemandu kenderaan dikehendaki mendapatkan surat akuan perlepasan memandu dari tuan asal. 

Contoh surat akuan boleh didadapti dgn AJK Konvoi - Fandi - Sierra 1, Hp 0199131333.

Admin

Wednesday, May 14, 2014

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN ANJURAN CRC

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Keratan Akhbar Kembara Yang Lepas
CRC akan mengadakan Kembara Amal Ambang Ramadhan bagi tujuan menghulurkan sumbangan kepada Warga Emas, Anak Yatim dan Keluarga Miskin.

Kembara ini akan diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba. Kembara ini dijadualkan seperti berikut : - 

Tarikh : 28 Jun 2014
Hari : Sabtu 
Konovi akan bermula di hadapan Balai Polis Paka dan akan membuat 3 hentian 
Hentian Pertama : Perkarangan Masjid Serdang
Hentian Kedua : Perkarangan Balai Polis AMBS
Hentian Terakhir : Perkarangan Hotel Qamar - Paka.

Agihan Sumbangan : Jangkaan sebanyak 20 keluarga di setiap hentian dan sumbangan mungkin akan menjadi lebih bergantung kepada jumlah sumbangan yang CRC terima.

Kepada para penyumbang dan penderma , tuan / puan dijemput untuk menyerahkan sumbangan kepada penerima di hari kembara tersebut sekiran berkelapangan. 

Sumbangan yang dipohon adalah dalam bentuk wang ringgit, ini kerana memudahkan bagi pihak AJK menyelaras sumbangan dalam bentuk yang sama dan teratur. Kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk CEK sila alamatkan kepada KELAB KOMUNITI DAN REKREASI DUNGUN , Bank : Maybank , No Akaun : 5630 8210 3362

Resit akan dikeluarkan sebagai akuan penerimaan sumbangan. Kepada penyumbang kami dari CRC ingin memohon Logo ,  Lambang Syarikat atau Kelab bagi kami memuat turun di website rasmi kelab di http://www.crc-trg.com dan juga untuk banting / banner / akhbar.

Admin   

Monday, May 20, 2013

KEMBARA AMAL JALINAN KASIH KE BUMI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kemaskini Program Kembara Amal ke Bumi Thailand.

Rombangan Kembara Amal yang Pertama pada Jan 2013


Program akan berlepas dari perkarangan base Tuan Presiden pada jam 0300 pagi 30 May 2013 dan akan kembali ke tanahair pada 01 Jun 2013.

Program Kembara Amal ini akan membuat Sumbangan Ikhlas untuk menaik taraf MUSOLAH / SURAU di Sek Keb Sungai Padi, Thailand.

Dengan ini saya mewakili Presiden mengalu alukan sumbangan ikhlas dari semua lapisan masyarakat untuk turut sama menyumbang bagi tujuan murni ini, ini adalah saham akhirat untuk kita semua.

Webmaster

Sunday, March 24, 2013

UPDATE TRIP KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND SIRI 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kemaskini Trip Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand yang dijadualkan pada 30,31 may dan 1 jun 2013 , program 3 hari 2 malam, beriadah sambil beramal bersama keluarga.




Webmaster

Monday, February 25, 2013

ACARA GOTONG ROYONG BERSIH MASJID HADHARI PAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah program jemputan AJK Masjid Hadhari Paka turut dijayakan bersama oleh warga HRC - CPS. Program gotong royong membersih kawasan Masjid ini turut dihadiri oleh Syarikat Persendirian, Agensi Swasta dan NGO. Tahniah kepada semua yang menjayakan program kemasyarakatan ini.








Webmaster

Thursday, February 21, 2013

MARSHALL MERENTAS DESA SEK KEB PAKA II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga HRc - CPS telah dijemput untuk menjadi pengiring bagi membantu pihak PDRM - Balai Paka dalam menjayakan Program Larian Merentas Desa untuk sek Keb Paka II, alhamdullilah seramai 27 warga HRC - CPS telah hadir untuk menjayakan program ini.


Mewakili Guru Besar Sek Keb Paka II merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas pertolongan sukarela ini.

Webmaster

PERJUMPAAN UNTUK RONDAAN SUKARELA

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Sesi perjumpaan para ahli HRC - CPS dalam membincangkan hal ehwal rondaan kampung secara sukarela, perjumpaan bertempat di teratak pantai sierra 1. 


Webmaster

Wednesday, December 26, 2012

GOTONG ROYONG WALIMATUL URUS ADINDA 9W2DMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gotong royong di Majlis Walimatul Urus Adinda 9W2DMM, alhamdullilah program gotong royong yang cukup hebat, penuh warga HRC dan CPS yang terlibat dalam program gotong
Gotong Royong Mengerjakan Daging Lembu - 2 ekor lembu - 2 jam.. HRC - CPS Terbaekk 

Chef Roti Arab - Terbaeek dari Sierra 12 a.k.a 9W2PCY
Webmaster

Thursday, October 4, 2012

ABG AZMI 9W2EAZ a.k.a SIERRA 9 BERSAMA SULTAN MIZAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Abg Azmi 9W2EAZ a.k.a Sierra 9 di Majlis bersama Sultan Terengganu , Tuanku Sultan Mizan. HRC Terbaekk,,


Webmaster

Tuesday, September 25, 2012

MAJLIS KESYUKURAN DAN PERPISAHAN TUAN MAHADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pelbagai ragam yang ceria sempat dirakam lensa media HRC di Majlis Kesyukuran dan Perpisahan Tuan Mahadi. Alhamdullilah majlis berlangsung dengan lancar dalam suasana pilu dan ceria. Kami dari HRC mendoakan agar Tuan Mahadi berjaya ditempat baru
.











Webmaster