RADIO AMATUR

Maksud Radio Amatur :
Mengikut PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
"perkhidmatan radio amatur" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dengannya suatu stesen digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh amatur, iaitu, orang yang dibenarkan dengan sewajarnya yang berminat dalam teknik radio semata-mata untuk tujuan peribadi dan tanpa apa-apa kepentingan kewangan;
I T U = International Telecommunication Union
Persekutuan Telekomunikasi Antarabangsa
Badan yang mengawalselia segala telekomunikasi di peringkat antarabangsa
IARU = International Amateur Radio Union
Persekutuan Radio Amatur Antarabangsa
Badan yang mengawalselia urusan radio amatur di peringkat antarabangsa
IARU terbahagi kepada 3 wilayah (Region)
Region 1 USA/ KANADA/ AMERIKA SELATAN
Region 2 EROPAH
Region 3 Asia (Malaysia)
MCMC = Malaysian Communication and Multimedia Commission.
SKMM = Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Badan yang mengawalselia segala telekomunikasi di dalam negara.
MARTS – MALAYSIAN AMATEUR RADIO TRANSMITTER SOCIETY
Persatuan yang mewakili negara di dalam IARU region 3.
BAGAIMANA HENDAK MENJADI PENGENDALI RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Mesti memiliki PERUNTUKAN RADAS /APPARATUS ASSIGNMENT(ASAA) atau
Memiliki lesen pengendali radio amatur dari negara luar yang mempunyai Reciprocal / hubungan kerjasama dengan Malaysia iaitu:Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam, Myanmar, India, China,United kingdom, Germany, Switzerland, Czechoslovakia dan Finland.
PEMERAKUAN KEMAHIRAN Mengikut PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIKAL) 2000 Bahagian 4, Peraturan 20:PEMERAKUAN Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu bidang kemahiran yang ditetapkan melainkan jika orang itu diperakui.
AROC - Sijil Perakuan Pengendali Radio Amatur
AROC Kelas A had umur 18 tahun keatas , Lulus Ujian Kod Morse.
AROC Kelas B had umur 14 tahun keatas.
Umur di bawah 21 tahun mesti mendapatkan kebenaran penjaga.
Peperiksaan yang di sediakan oleh SKMM
Peperiksaan Radio Amatur RAE 100 soalan / 3 jam
Ujian Kod Morse penghantaran dan penerimaan kod morse pada kelajuan 12 perkataan seminit.
Maksima 4 kesalahan pada huruf dan 2 kesalahan pada nombor.
YURAN/ FI
Yuran Peperiksaan RM50.
Lain-lain Permohonan RM 60
Yuran Tahunan Kelas A RM36 setahun
Yuran Tahunan Kelas B RM24 setahun
Yuran Tahunan Pengulang (Repeater) RM 60 setahun
Yuran Tahunan boleh di bayar Maksima 5 tahun,
Tempoh ASAA minima 6 bulan.
Tidak memperbaharui AROC/ASAA selama 5 tahun, perlu menduduki semula RAE.


Sila klik link dibawah ( Contoh Soalan dan Jawapan ) Peperiksaan RAE.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Sila klik pautan dibawah untuk senarai pancarulang seluruh Malaysia.
Sumber - website PEMANCAR

SENARAI REPEATER SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sering kali kami diajukan pertanyaan mengenai "DUPLEXER" dan fungsinya.

Serba ringkas mengenai DUPLEXER sekadar yang kami tahu. Mungkin otai otai boleh jelaskan dengan lebih terperinci lagi.
DUPLEXER adalah alatan yang digunakan di Pancarulang ( Repeater ) yang mana ianya menggunakan Satu Antenna ( berkongsi antenna TX dan RX ).

Webmaster


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati lagi dikasihi, esok 18 Apr 2011 adalah Hari Radio Amatur Sedunia, mengambil inisiatif atas semangat ham's kami warga kerja dan keluarga HRC ingin mengucapakan Selamat Menyambut Hari Radio Amatur Sedunia, semoga dunia ham's terus maju


Webmaster




Untuk makluman semua SKMM / MCMC telah mengeluarkan Notis untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) Siri 1-2011

Tarikh Buka Permohonan : 08 Apr 2011
Tarikh Tutup Permohonan : 29 Apr 2011
Tarikh Peperiksaan : 15 Jun 2011 - Rabu



Muat Turun Borang untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur
Borang Menduduki Peperiksaan Radio Amatur


REPEATER JMTK


Wajah Pancarulang ( Repeater ) Jaluran Muhibbah Terengganu Kite ( JMTK )


FREKUENSI 147.000 TONE 123.0 OFFSET 0.600


Pautan di Website PEMANCAR Negeri Terengganu



Artikel dan Guidelines untuk Radio Amatur


Mobile Rig
Product ICOM
 ICOM V8000
 ICOM 2820H
ICOM IC2200H


Mobile Rig
Product Yaesu
 YAESU FT 1900R
 YAESU FT 7900R
YAESU FT 2900R