Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARI HRC

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

Kami seluruh warga kerja dan keluarga HRC mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia. Semoga kita semua mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah s.w.t.

Webmaster

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mewakili seluruh Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Keluarga HRC mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013.

Webmaster

Sunday, December 2, 2012

KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


HRC - CPS akan mengadakan Trip Kembara Jalinan Kasih ke Sungai Padi, Thailand bagi menyampaikan Sumbangan bagi mendirikan sebuah surau untuk pelajar Sekolah Tebing Tinggi , Sungai Padi , Thailand.

Kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Presiden - 9W2DMM, AJK Kebajikan - 9W2EAZ dan Capt Halim 9W2FSO pada 22 Nov 2012.

Sumbangan dibuka kepada semua yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas bagi mendirikan surau ini, ini adalah salah satu daripada saham akhirat untuk kita semua.Sumbangan boleh diberi kepada Abg Azmi ( 9W2EAZ ), Wak ( 9W2HSC ), Abg Cerol ( 9W2WSC ) dan Abg Fandi ( 9W2DMM ).

Insyallah Program ini akan turut dijayakan bersama oleh TV9

Aturcara Program :

17 Jan 2013 : 06.00 ptg - Bertolak dari Paka
18 Jan 2013 : 08.30 pagi - Memasuki Thailand melalui Sungai Golok
18 Jan 2013 : 10.00 pagi - Bertolak ke Sekolah Tebing Tinggi Sungai Padi untuk Program Jalinan Kasih dan Makan Tengahari.

18 Jan 2013 : 01.00 tgh - Bertolak ke Hatyai
18 Jan 2013 : 04.00 ptg - Sampai di Lee Garden Hotel Hatyai
18 Jan 2013 : 05.00 ptg - Berlepas ke Pasar Terapung Klong Hae
18 Jan 2013 : 08.00 ptg - Pulang ke Hotel / Berehat / Masa Sendiri

19 Jan 2012 : 08.00 pagi - Pasar Plaza ( Shopping )
19 Jan 2012 : 04.00 ptg - Berlepas ke Pasar Terapung Klong Hae


20 Jan 2012 : 08.00 pagi - Check Out
20 Jan 2012 : 09.00 pagi - Shamila Beach
20 Jan 2012 : 12.00 tgh - Makan Tengahari di Sup Special
20 Jan 2012 : 02.00 ptg - Sempadan Malaysia / Thailand

Nota : Kepada yang inign turut serta Kembara ini dikehendaki menyediakan Passport Antarabangsa dan Geran Kereta Asal ( original  ) bagi urusan masuk kenderaan ke Thailand. Bayaran sebanyak Rm 30 untuk Insuran selama sebulan.

Webmaster

Friday, November 16, 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK VP HRC

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga HRC mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Timbalan Presiden HRC , Abg Isham - 9M2IDX a.k.a Sierra 2. Mendoakan agar Abg Isham sekeluarga diberi kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Aamiin.


Webmaster

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA 2012

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha,

Kami warga kerja dan seluruh keluarga HRC mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Adha 2012, Maaf Zahir dan Batin.


Webmaster

SALAM TAKZIAH KEPADA ABG ISHAM VP HRC

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

Kami warga kerja dan seluruh keluarga HRC mengucapkan Salam Takziah kepada Abg Isham Vice Presiden HRC diatas kehilangan Ayahnda tercinta. Mohon kepada sahabat handai untuk sedekahkan Al-Fatihah dan memanjatkan doa agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Webmaster

Saturday, October 13, 2012

SELAMAT TERBANG KEPADA YANG MEMILIKI LESEN RADIO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami warga kerja HRC ingin mengucapkan selamat terbang kepada yang memiliki sayap, gunakan sebaik mungkin AA atau Lesen Radio Amatur yang telah dikeluarkan oleh SKMM ini.

Selamat Terbang.

Webmaster

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA ,, OH MALAYSIAKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga HRC / CPS mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Webmaster

Wednesday, August 29, 2012

SALAM HARI KEMERDEKAAN KALI KE 55

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga Helang Recreation Club - CPS mengucapkan Salam Hari Kemerdekaan kali ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Webmaster

Saturday, August 18, 2012

PERUTUSAN AIDIL FITRI DARI PRESIDEN DI LAUTAN SAMUDERA

Salam Lembaran Aidil Fitri dari FPSO Kikeh Oilfield - Labuan,

Jutaan Kemaafan zahir dan batin dipinta diatas salah dan silap. Doakan keselamatan dan kesejateraan kami di tengah lautan samudera ini. Terhidang ketupat dan lemang janganlah kami dilupakan. Insyallah saya akan pulang pada hari raya ke 3.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin dari Fandi Mohd ( Sierra 1 - 9W2DMM ) - Kikeh Deepwater Oilfield - Labuan

Webmaster

PERUTUSAN AIDIL FITRI DARI PRESIDEN DAN KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri

Ucapan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI , Mohon Kemaafan Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. Jemput ke pondok ambe pada 24 Aug 2012 untuk sesi rumah terbuka. Acara bermula selepas solat zohor dan berakhir sebelum solar asar.


Dari Fandi Mohd - 9W2DMM, Youhanie Hj Abd Aziz - 9W2YMM, Nurul Fadhilah - 9W2IMM , Nurul Farhana , Mohd Fakhrul Hakimi - 9W2OMM, Mohd Fakhrul

Webmaster

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 2012

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak ,

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak yang mulia ini, kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga HRC ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga amalan kita ini diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t ...aamiin


Webmaster

Friday, July 13, 2012

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ABG ZUL FAKHRY - 9W2ZFI

Assalamualaikum dan Salam Satu HRC,

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga HRC mengucapkan Salam Takziah kepada Abg Zulfakry - Sierra 25 - 9W2ZFI sekeluarga diatas pemergian Ayahanda tercinta pada 13 Julai 2012. Ayahanda beliau adalah kenalan kepada Tuan Presiden HRC semasa beliau bertugas di PMO - Petronas Carigali Kerteh.


Jenazah akan dikebumikan pada 13 julai 2012, selepas solat isyak di Kg Semayor, Kemasik. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman ,,aamiin..

Af-Fatihah

Webmaster

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU - 16 MAY 2012

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Kepada Insan yang bergelar GURU ,, jasamu akan ku kenang dan ku ingati sehingga nafas yang terakhir, tanpamu siapalah kami ,, SELAMAT HARI GURU 2012.

Webmaster

Monday, April 30, 2012

SELAMAT HARI PERKERJA UNTUK SEMUA WARGA MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Kami warga kerja dan seluruh keluarga Helang Recreation Club - HRC mengucapkan Selamat Hari Perkerja kepada seluruh rakyat Malaysia.


Webmaster

Saturday, April 28, 2012

MAJLIS ANUGERAH PERSILATAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Majlis Anugerah Persilatan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Kampung Nyior , Paka , Dungun , Terengganu pada 28 Apr 2012.

Tahniah buat Puan Youhani diatas peranugerahan Selendang Persilatan


Webmaster

Saturday, April 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUAN YOUHANI - 9W2YMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Hari Lahir buat Puan Youhanie , doa dari kami semua agar Puan Youhanie bahagia disamping suami dan anak anak  tercinta. Iringan doa dari kami agar Puan Youhanie dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat. Amin 

Webmaster

Saturday, March 24, 2012

SELAMAT HARI POLIS YANG KE 205 - PDRM TERBAEKK

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Saya mewakili Warga HRC mengucapkan SELAMAT HARI POLIS kepada warga Balai Polis Paka , Balai Polis Daerah Dungun dan IPK Terengganu . Jasa dan bakti mu kami sanjung dan kami hormati. Buat Ketua Balai Polis Paka - Cik Insp Mahadi Hussin , kami warga HRC akan terus menyokong dan membantu Balai Polis Paka dalam usaha membenteras jenayah. Selamat Hari Polis yang ke 205 dari Warga HRC - Fandi Mohd 9W2DMM / Sierra 1
Webmaster

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1433H / 5 FEB 2012M

Assalamualaikum dan Salam Pepaduan

SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua Warga HRC dan Seluruh Rakyat Malaysia.Marilah kita sama sama menghayati dengan penuh rasa kesyukuran dan  keinsafan.....


Webmaster

Saturday, January 28, 2012

PERUTUSAN PRESIDEN - DIATAS KEJAYAAN LULUS - RAE 2-2011

Assalamualaiakum dan Salam Perpaduan ,


Sekalung tahniah kepada yang telah berjaya dalam peperiksaan radio amatur RAE siri 2-2011, kepada yang gagal jangan berputus asa, kami warga HRC tetap akan menyokong rakan rakan semua . Insyallah berkat kesabaran kejayaan bakal milik kita semua . Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.

Kepada yang berjaya , pilihlah callsign yang sesuai dan gunakan kesempatan yang ada ini pada jalan yang sebaik mungkin. Selamat datang ke Dunia Amatur.

Fandi Mohamad - Presiden - HRC