Amaran Ribut Tropical yang kuat sedang menghala ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Negeri yang dijangka akan dilanda ribut tropika ini ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Diminta kepada semua untuk lebih berwaspada. Kedudukan ribut setakat jam 09.03 pagi tadi (06 Jan 2013 ) ialah 759 Km dari Pantai Dungun, Terengganu. Harap Maklum
DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 06 Januari 2013
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (63)
Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 09:03AM 06 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika Kuat (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 6 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 7.0 Utara; Longitud 109.9 Timur; kira-kira 557 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Selatan-Barat Daya dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 759 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
Webmaster