Thursday, July 21, 2011

JANGAN TERGESA GESA TUKAR LESEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

‘Jangan tergesa-gesa tukar lesen’

LANGKAH menyamakan tarikh luput lesen memandu dengan tarikh lahir bertujuan mengelak kes para pemilik gagal memperbaharui lesen atas alasan terlupa. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Inisiatif menyamakan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir pemilik lesen dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Namun selagi ia belum dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan mengingatkan hampir 12 juta pemegang lesen supaya jangan tergesa-gesa memperbaharui lesen masing-masing menjelang sambutan hari lahir mereka.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, lesen memandu hanya wajib diperbaharui apabila tamat tempoh.

“Pemilik lesen hanya wajib perbaharui lesen apabila tamat tempoh dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Cho Ha bahawa cadangan pelaksanaan skim itu bertujuan memudahkan orang ramai mengingati tarikh luput lesen memandu masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Webmaster