Tuesday, June 14, 2011

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Insyallah Helang Recreation Club akan menganjurkan Program Kembara Amal Ambang Ramadhan, Program Amal ini turut disertai oleh PDRM Paka, Wish Club Malaysia, Turtle Crews, DCC Bikers, Waja Performance Club - WPC , Kerteh Bikers dan Residence Resort Paka.

Jumlah derma adalah ikhlas dari tuan / puan. Tarikh tutup kutipan ialah pada 24 July 2011.

Program : Kembara Amal Ambang Ramadhan


Objektif : Memberi Sumbangan Kepada Golongan Sasar – Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal


Tempat : Bermula dari Balai Polis Paka dan Berakhir Di Balai Polis Paka


Tarikh : 30/7/2011 - Sabtu


Masa : 0930 pagi dan dijangka berakhir pada jam 0400 petang


Jemputan : Anggaran Peserta Konvoi 500 orang ( 80 kenderaan dan 50 Motorsikal )


Sekiranya pihak Tuan ingin memberikan sumbangan dalam bentuk cek, cek tersebut boleh dialamatkan kepada :-


HELANG RECREATION CLUB


Sila tuliskan (Kembara Amal Ramadhan) dibelakang cek.

Resit Pembayaran akan dikeluarkan kepada penyumbang bagi tujuan audit dan lain lain urusan.


Sekiranya perlu kami memohon Tuan memberi keizinan untuk menyerahkan Logo atau lambang Syarikat untuk dimuat turun didalam laman web kami di www.hrc-trg.com dan disepanduk yang akan kami keluarkan nanti.


Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Afandi B Mohamed (Presiden-Pengarah Program) di talian 019-913 1333, En. Ramli B Emran (Setiausaha) ditalian 014-825 8480 atau En. Mustafa Jaafar (Biro Kebajikan ) ditalian 017-9775077.


Segala sumbangan yang dihulurkan kami amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terimakasih.


Sedikit info Program Kembara Amal Ambang Ramadhan

Info Program

0900 pagi berkumpul di Balai Polis Paka , taklimat ringkas perihal keselamatan , Bacaan Doa
0930 pagi - konvoi akan berlepas dan menuju ke check point bagi menyampaikan sumbangan

check point pertama : Kampung Nyior
check point kedua : Kg Durian Mentangau
check point ketiga : Kg Padang Pulut / Kg Wa
check point keempat : Rumah Orang Tua Bandar Almultakfibillah Shah
check point kelima : Kg Santong
check point keenam : Balai Polis Paka ,,,, Doa Selamat dan bersurai

Webmaster