Friday, December 31, 2010

PERUTUSAN DARI AMT HRC - 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perutusan alu aluan dari Ahli Majlis Tertinggi Helang Recreation Club - HRC sempena genap setahun penubuhan HRC. ( HRC Penaja dan Berdaftar )

Perutusan dari Presiden HRC
Fandi Mohamad - 9W2DMM

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua warga kerja dan seluruh keluarga HRC yang saya hormati lagi dikasihi, pertamanya ingin saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga HRC kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui HRC. Insyallah dengan pengalaman serta sokongan dari semua , saya akan berusaha menjalankan dan memikul amanah ini dengan sebaik mungkin.

Ukhwah dan setiakawan yang ditunjukan oleh warga HRC adalah titik permulaan yang baik untuk menjadikan HRC lebih berdaya maju dan disegani. Yang pasti setiap program yang dijalankan tidak pernah sunyi, sambutan dari warga HRC amat baik sekali. Sempena dengan kehadiran tahun baru 2011 yang akan bakal menjelang, marilah kita sama sama berdoa kerhadrat yang maha esa agar setiap perancangan, program dan aktiviti yang HRC adakan mendapat hidayah , rahmat dan keredhaan dari Allah s.w.t

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan dari Timbalan Presiden HRC
Isham Isa - 9W2ISE

"Salam dan selamat sejahtera kepada semua ahli HRC dan peminat2 HRC. Setelah lebih kurang setahun kita semua merangkak, menjelang tahun 2011 nanti, saya merasakan kita semua sudah mula berdiri dan berjalan perlahan-lahan. InsyaAllah di tahun 2011 nanti, HRC akan berkemampuan untuk berlari. Beberapa contoh penglibatan HRC telah menunjukkan bahawa kita boleh dan insyaAllah akan lebih maju lagi. Sesungguhnya saya melihat HRC adalah satu contoh kumpulan yang bersahaja dan mempunyai ukhwah yang kukuh.

Salah satu prinsip HRC yang harus dipuji ialah "sangka baik antara satu sama lain". Sesunguhnya ini adalah salah satu kunci kejayaan kita di mana ia akan memantapkan ukhwah sesama HRC. Apa yang baik Allah SWT dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri. Bersama-sama kita jadikan HRC adalah satu platform untuk ruang hobi yang berilmiah dan seronok"

Sekian daripada kawe... qru

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan dari Penasihat HRC
Hj Hamidon Ali - 9W2HBA

Selamat Tahun Baru kepada ahli-ahli HRC, para penyokong dan pengunjung2 laman web HRC !

Setahun baru saja berlalu, umur yang terlalu muda utk sesuatu organisasi yg ramai, dari berbagai2 bidang, berbagai kegemaran dan citarasa, datang dr berbagai negeri dan lokasi, mampu dan boleh bergerak sendiri. Namun HRC dibawah kepimpinan yg ade telah menunjukkan yg kepelbagaian itu boleh dijadikan modal utk mudah bergerak maju kedepan.


Rasanya tidak keterlaluan utk dikatakan yg penyerahan tugas dari rakan2 senior yg lama kepada team yg baru tidak menghampakan. Terima kasih kepada semua yg terlibat dan dapat melibatkan diri demi menjayakan apa yg telah, sedang dan akan dirancang. Perlu sentiasa diingat yg kejayaan tidak akan diraih tanpa pengorbanan. Sentiasalah kita mengingatkan diri kita utk sentiasa mudah membaiki diri dan kelab. Jgn mudah melatah atas tohmahan.


Sentiasalah berlapang dada kerana hobi ini ade berkaitan dgn radio yg memerlukan kita utk sentiasa bercakap. Biasalah, lg byk berckp lg bykla kita mudah terguris dan mengguris hati dan perasaan org yg mendengar tanpa sedar. Mudah2lah utk memberi dan meminta maaf. Teruskan utk amalkan menegur dgn kasih syg dan bukan dikhalayak ramai. Gunakan bahasa yg baik dan lebih sesuai ketika berqso. Amalkan penggunaan kod dan phonetic yg lebih betul-utk hobi radio amatur. Hormati org2, baik ahli, penyokong dan peminat yg patut dihormati. Amalkan perbincangan dan keputusan ramai. InsyaAllah, perjalanan akan berjalan lebih lancar.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan dari Setiausaha HRC
Ramli Emran - 9W2RET

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

HRC ditubuhkan dengan semangat bantu membantu sesama insan. Setahun penubuhan dirasakan terlalu singkat tetapi penuh aktiviti yang menjadikan HRC sebuah persatuan disegani. Diharap dengan hadirnya 2011 ianya akan menjadikan ahli HRC lebih akrab, bertanggungjawab dan tekad membantu mereka yang tidak berkemampuan. Ceriakan hidup anda dengan mengikuti segala aktiviti HRC, sama-sama berganding bahu dan jadikan ianya satu langkah awal menjadikan kita lebih yakin mengharungi cabaran mendatang !!

rgds,
RET

Webmaster

No comments:

Post a Comment