Saturday, August 30, 2014

SIJIL KELAB HRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sijil Pendaftaran ROS yang telah dikeluarkan untuk Helang Recreation Club Terengganu atau HRC TRG. Kelab HRC TRG telah didaftarkan dengan secara rasminya pada 11 Mei 2014.

Admin

KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND - SIRI 9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CRC merancang mengadakan Kembara Jalinan Kasih ke Thailand Siri ke 9. Program ini dijadualkan seperti berikut : - 

TARIKH : 14,15,16 & 17 NOV 2014
HARI : KHAMIS, JUMAAT, SABTU, AHAD
PINTU MASUK : SUNGAI GOLOK
KENDERAAN : SENDIRI
ROUTE : SUNGAI GOLOK - SUNGAI PADI - HATYAI - KRABI


14.08.2014
07.00 PAGI - MAKAN PAGI SEBELAH MASJID BEIJING
08.00 PAGI - BERKUMPUL DI MASJID BEIJING , RANTAU PANJANG
08.30 PAGI - MULA MEMASUKI SEMPADAN
11.00 PAGI -SELESAI URUSAN IMIGRESEN DAN MENUJU KE SUNGAI PADI
11.30 PAGI - SAMPAI DI SUNGAI PADI / BEREHAT
12.30 TGH - BERLEPAS KE BANDAR HATYAI
04.00 PTG - SAMPAI HOTEL - PRESIDENT
05.00 PTG - BERGERAK KE PASAR TERAPUNG KLONG HAE - HATYAI
08.00 MLM - BALIK HOTEL / ACARA BEBAS

15.08.2014
08.00 PAGI - MAKAN PAGI
09.00 PAGI - KE PASAR HATYAI / SHOPPING
07.00 MLM - MAKAN STEAMBOAT ( MAKAN SAMPAI KOMA )
09.00 MLM - ACARA BEBAS

16.08.2014
08.00 PAGI - MAKAN PAGI
08.30 PAGI - SHOPPING 
11.00 PAGI - CHECK OUT
12.00 TGH - BERLEPAS KE KRABI
0230 PTG - SAMPAI HOTEL - KRABI
0330 PTG - ACARA BEBAS

17.11.2014
0800 PAGI - MAKAN PAGI
0900 PAGI - SHOPPING
11.00 PAGI - CHECK OUT DAN BALIK KE MALAYSIA
0800 MLM - SAMPAI DI SEMPADAN MALAYSIA / THAILAND

ADMIN

Wednesday, May 14, 2014

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN ANJURAN CRC

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Keratan Akhbar Kembara Yang Lepas
CRC akan mengadakan Kembara Amal Ambang Ramadhan bagi tujuan menghulurkan sumbangan kepada Warga Emas, Anak Yatim dan Keluarga Miskin.

Kembara ini akan diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba. Kembara ini dijadualkan seperti berikut : - 

Tarikh : 28 Jun 2014
Hari : Sabtu 
Konovi akan bermula di hadapan Balai Polis Paka dan akan membuat 3 hentian 
Hentian Pertama : Perkarangan Masjid Serdang
Hentian Kedua : Perkarangan Balai Polis AMBS
Hentian Terakhir : Perkarangan Hotel Qamar - Paka.

Agihan Sumbangan : Jangkaan sebanyak 20 keluarga di setiap hentian dan sumbangan mungkin akan menjadi lebih bergantung kepada jumlah sumbangan yang CRC terima.

Kepada para penyumbang dan penderma , tuan / puan dijemput untuk menyerahkan sumbangan kepada penerima di hari kembara tersebut sekiran berkelapangan. 

Sumbangan yang dipohon adalah dalam bentuk wang ringgit, ini kerana memudahkan bagi pihak AJK menyelaras sumbangan dalam bentuk yang sama dan teratur. Kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk CEK sila alamatkan kepada KELAB KOMUNITI DAN REKREASI DUNGUN , Bank : Maybank , No Akaun : 5630 8210 3362

Resit akan dikeluarkan sebagai akuan penerimaan sumbangan. Kepada penyumbang kami dari CRC ingin memohon Logo ,  Lambang Syarikat atau Kelab bagi kami memuat turun di website rasmi kelab di http://www.crc-trg.com dan juga untuk banting / banner / akhbar.

Admin   

Friday, April 25, 2014

RAKAN HELANG RECREATION CLUB TERENGGANU - HRC TRG

Assalamualaiakum,

Untuk makluman Community & Recreation Club - CRC adalah rakan kerjasama HRC Trg dalam program khidmat masyarakat ( Community Service ).


Admin

Thursday, April 24, 2014

HELANG RECREATION CLUB TERENGGANU

Assalamualaikum semua,

Berikutan pembubaran Kelab Rekreasi Helang Dungun, Terengganu pada 05 March 2014. Dengan pembubaran itu Kelab ini telah ditukar kepada nama yang baru dan no pendaftaran yang baru serta AJK yang baru, Kelab HRC kini dikenali dengan : -

KELAB REKREASI HELANG TERENGGANU

Admin

Wednesday, July 10, 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARI HRC

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

Kami seluruh warga kerja dan keluarga HRC mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia. Semoga kita semua mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah s.w.t.

Webmaster

Monday, May 20, 2013

KEMBARA AMAL JALINAN KASIH KE BUMI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kemaskini Program Kembara Amal ke Bumi Thailand.

Rombangan Kembara Amal yang Pertama pada Jan 2013


Program akan berlepas dari perkarangan base Tuan Presiden pada jam 0300 pagi 30 May 2013 dan akan kembali ke tanahair pada 01 Jun 2013.

Program Kembara Amal ini akan membuat Sumbangan Ikhlas untuk menaik taraf MUSOLAH / SURAU di Sek Keb Sungai Padi, Thailand.

Dengan ini saya mewakili Presiden mengalu alukan sumbangan ikhlas dari semua lapisan masyarakat untuk turut sama menyumbang bagi tujuan murni ini, ini adalah saham akhirat untuk kita semua.

Webmaster

Friday, April 19, 2013

PERMOHONAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 2-2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Permohonan untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur siri 2-2013 telah dibuka, sila war warkan kepada rakan rakan yang berminat untuk menghantar borang sebelum 10 Mei 2013. Peperiksaan akan diadakan pada 26 Jun 2013.

Webmaster

PROGRAM SANTAI KELUARGA DI TEPIAN SUNGAI PAHANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

HRC dan CRC/CPS akan mengadakan satu Program Santai Keluarga di tepian Sunga Pahang yang dijadualkan pada 10 may 2013 ( jumaat ), konvoi akan berkumpul di base 9W2DMM - Sierra 1 pada jam 0730 dan akan memulakan perjalanan pada jam tepat 0800 pagi.

Setiap keluarga dikehendaki menyediakan satu atau dua menu , kuih ataupun lauk. Insyallah semua peserta akan dihidangan dengan masakan ikan patin buah yang segar dari sungai Pahang.
Jom kita menjamu selera dengan patin buah yang segar disamping beriadah bersama keluarga.

Webmaster

Sunday, March 24, 2013

UPDATE TRIP KEMBARA JALINAN KASIH KE THAILAND SIRI 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kemaskini Trip Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand yang dijadualkan pada 30,31 may dan 1 jun 2013 , program 3 hari 2 malam, beriadah sambil beramal bersama keluarga.




Webmaster

PEMASANGAN ANTENNA DI BASE 9W2DMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Acara mendirikan antenna di base Presiden 9W2DMM , a.k.a Sierra 1 terima kasih kepada warga HRC dan CPS yang telah menghulurkan bantuan.






Webmaster

TRIP PACUAN 4X4 OLEH 9W2FSO DAN 9W2HSC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Trip Pacuan 4x4 yang turut disertai oleh Capt Halim 9W2FSO a.k.a Sierra 49, Was Sam 9W2HSC a.k.a Sierra 47. Menikmati keindahan alam maya ciptaan Allah s.w.t






Webmaster

Monday, March 11, 2013

PROGRAM SANTAI KELUARGA HRC & CPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Santai Keluarga Warga HRC dan CPS , alhamdullilah kehadiran dan sambutan yang cukup mantap disamping menu yang menarik dan sedap sedap belaka, HRC & CPS Terbaekk



Webmaster

Monday, March 4, 2013

TUAN PENASIHAT HRC - ASP MAHADI DI AKHBAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Misi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh ASP Mahadi , tahniah untuk tuan penasihat.


Webmaster

Monday, February 25, 2013

ACARA GOTONG ROYONG BERSIH MASJID HADHARI PAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah program jemputan AJK Masjid Hadhari Paka turut dijayakan bersama oleh warga HRC - CPS. Program gotong royong membersih kawasan Masjid ini turut dihadiri oleh Syarikat Persendirian, Agensi Swasta dan NGO. Tahniah kepada semua yang menjayakan program kemasyarakatan ini.








Webmaster

Thursday, February 21, 2013

MARSHALL MERENTAS DESA SEK KEB PAKA II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga HRc - CPS telah dijemput untuk menjadi pengiring bagi membantu pihak PDRM - Balai Paka dalam menjayakan Program Larian Merentas Desa untuk sek Keb Paka II, alhamdullilah seramai 27 warga HRC - CPS telah hadir untuk menjayakan program ini.


Mewakili Guru Besar Sek Keb Paka II merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas pertolongan sukarela ini.

Webmaster

PERJUMPAAN UNTUK RONDAAN SUKARELA

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Sesi perjumpaan para ahli HRC - CPS dalam membincangkan hal ehwal rondaan kampung secara sukarela, perjumpaan bertempat di teratak pantai sierra 1. 


Webmaster

Wednesday, February 20, 2013

LAWATAN PERSAHABATAN DARI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, HRC - CPS menerima kunjungan hormat daripada Orang Besar Daerah Sungai Padi , Golok Thailand dan turut hadir ialah wakil kepada Jeneral Sechan - sebagai balasan daripada kunjungan HRC - CPS ke Thailand pada Dec 2012 dan Jan 2013.


Insyallah HRC - CPS akan mengadakan trip keluarga ke Hatyai sesi ke 3 pada cuti sekolah ini ialah paa 30 , 31 May, 01 dan 02 Jun 2013 ,, trip selama 4 hari 3 malam.

Webmaster

PILOT - SELAMAT TERBANG BERSAMA KAMI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat terbang bersama kami, kepada yang berminat setiap petang di pandang rekreasi TNB, selamat ber kamikaze ,, 

Webmaster

Monday, February 4, 2013

PROGRAM SANTAI PETANG BERSAMA KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Santai Petang Keluarga Warga HRC dan CPS akan diadakan, program santai keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keluarga dan juga meraikan warga HRC - CPS yang telah lulus dalam peperiksaan Radio Amatur Siri 2-2012.

Info Program
Program Santai Petang Bersama Keluarga
Hari : Jumaat
Tarikh : 08 Feb 2013
Jam : 0500 Petang
Sumbangan : Mengikut kemampuan tuan tuan , tiada sumbangan pun tak mengapa,, sumbangan tenaga sudai memadai.

Sumbangan bolh dihulurkan kepada 9W2WSC - S28,  9W2KBI - S48, 9W2HSC - S47 dan 9W2EAZ - S9.

Para kaum ibu diminta ke pondok DMM - Sierra 1 selepas Solat Jumaat untuk persiapan Majlis.

Webmaster

Sunday, January 27, 2013

TOMAN YANG TEWAS DI TASIK KENYIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Trip memancing rakan HRC - CPS ke Tasik Kenyir,,, tangkapan yang cukup menarik,,,



Webmaster

Thursday, January 24, 2013

TRIP KELUARGA HRC - CPS KE BUMI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sehajtera,

Wajah wajah ceria dan aksi aksi yang sempat dirakam lensa media HRC - CPS . In Sha Allah Trip berikutnya dirancang pada bulan May 2013. Tungguuuuuu





















Webmaster