Saturday, November 19, 2011

PROGRAM MALAM SEKALUNG BUDI - TADIKA TMN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Malam Sekalung Budi anjuran Tadika Perpaduan Taman Murni Perdana, sekalung ucapan terima kasih kepada En Amran Mohamed Pengerusi Tadika dan KRT Taman Murni Perdana diatas kesudian menjemput Presiden dan rakan rakan HRC.

Webmaster

Wednesday, November 16, 2011

REPEATER LINKING TERBAHARU DARI HRC

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, satu repeater linking telah berjaya disiapkan untuk tujuan persedian Jaluran Muhibbah Terengganu Kita menghadapi musim tengkujuh. Terima kasih kepada Biro Komunikasi

Webmaster

HAPPY BIRTHDAY - MR VICE PRESIDENT HRC - 9W2ISE

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Kami seluruh warga kerja dan keluarga HRC mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Tim Presiden HRC - Abg Issey 9W2ISE - Sierra 02 , doa dari kami semua agar Abg Issey dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan diakhirat...amin

Webmaster

Sunday, November 13, 2011

INFO - JENAYAH BOLEH BERLAKU DIMANA JUA. HATI HATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekadar nak kongsi dgn semua. semalam saya lunch dgn ADH security kt sini. Hari sebelumnya dia ada cakap dgn saya, "jom balik dah pukul 6". Semasa kami makan, tiba2 dia tanya,"semalam ingat tak saya ckp saya nak balik pukul 6".

Dia pon memulakan cerita. Sebaik meninggalkan Giant Nusa Bestari beliau ke stesen minyak Petronas berdekatan utk mengisi minyak. Semasa sedang mengisi myk, datang sebuah kereta Honda Accord yg nampak masih baru dibeli datang ke sebelah pam tempat beliau mengisi minyak. Pemandu keluar dari kereta menuju ke kaunter pembayaran tanpa mematikan enjin memandangkan terdapat penumpang wanita di dalam kereta yang mungkin isteri beliau. Di belakang kereta tersebut datang sebuah Gen 2 dinaiki 3 lelaki berbangsa Cina.

Sebaik lelaki tersebut meninggalkan kereta dgn enjin yg tidak dimatikan, salah seorang lelaki dari kereta Gen 2 tadi tiba2 menerpa ke arah kereta Honda Accord yg ditinggalkan dan terus memecut kereta meninggalkan stesen minyak dgn diekori kereta Gen 2 dari belakang.

Keadaan stesen minyak pada ketika itu penuh dgn pelanggan dimana tidak ada satu pon pam yang kosong, tetapi tidak seorang pon tampil membantu kerana masing2 sibuk memegang nozel (sekarang kebanyakan stesen minyak layan diri). ADH Security tadi juga tak mampu berbuat apa2 kerana beliau menaiki motosikal.

Sebaik selesai mengisi minyak beliau keluar menuju jalan balik & melalui simpang 4 yg ada traffic light di hadapan Giant Nusa Bestari. Beliau lihat ramai org berkerumun & saksi menyatakan ada seorang wanita telah terjun dari sebuah kereta berlumuran darah di atas jalan.

ADH security tersebut kemudian kembali ke stesen minyak utk mengambil pemandu Honda Accord tadi & membawa ke tempat di mana wanita tersebut kemalangan dan sudah pengsan. Ada kemungkinan wanita tersebut bukan terjun tapi ditolak keluar oleh lelaki yang melarikan kereta tersebut. Kepada semua, berhati2lah bila mengisi minyak kereta.

Arahan utk mematikan enjin semasa mengisi myk perlu dipatuhi. Kunci kereta semasa meninggalkan kereta utk membuat pembayaran. Jika ada penumpang lain didalam kereta, minta mereka kunci kereta dari dalam. Ini yg saya & kawan2 dah praktikkan sejak dari dulu.

Kita mungkin bukan sahaja kehilangan kereta tetapi org yg kita sayang. Bayangkan kalau yg di dalam kereta itu anak kecil. Apakah yg mampu mereka lakukan. Kalau tak dihumban keluar dari kereta mungkin dijual kpd sindiket penjualan organ. Mungkin jadi pengemis. Sekian, harap sebarkan.

Webmaster

Tuesday, November 8, 2011

SALAM PERANTUAN AIDIL ADHA 2011 DARI LAUTAN SAMUDERA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kiriman foto sekitar sambutan Hariraya Aidil Adha 2011 di Pelantar minyak yang terletak 138 km dari Pulau Labuan dimana Tuan Presiden kita mencari rezeki.

Terima kasih kepada Tuan Presiden diatas kiriman foto2 ini. Doa dari kami warga HRC semoga Tuan Presiden dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Antara menu yang disediakan ,, sedap duk laut lah lagu ning,,,
Webmaster

Saturday, November 5, 2011

PERUTUSAN SALAM AIDIL ADHA DARI WARGA HRC

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha 2011

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga Helang Recreation Club mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Adha 2011 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ampun dan maaf kami pinta sekiranya ada salah laku , tersalah kata , tersilap bicara disepanjang perkenalan dan persahabatan.


Salam ukhwah dari kami - HRC Terbaekkk


Webmaster

Friday, November 4, 2011

SRS BERSEPADU PAKA DAN KERTEH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gabungan kerjasama rakan rakan Amatur HRC Paka - HRC Kerteh , Balai Polis Paka dan Balai Polis Kerteh .... memantapkan lagi jaluran SRS , Rakan Cegah Jenayah dan Unit Kawalan Kampung,
Terima kasih kepada Tuan Presiden HRC SR 1 Fandi 9W2DMM , Cif Insp Mahadi 9W2WSV ( OCS Balai Paka ) , Insp Jamali ( OCS Balai Kerteh ) , Dato' Ir Hj Azmi, 9W2WSC, 9W2LER, 9W2EAZ, 9W2PDY, 9W2XAR, 9W2CPI, 9W2ZFI, 9W2JLN, 9W2FSO, 9W2PZ,9W2WSC, 9W2FZP , dll

Webmaster

Monday, October 31, 2011

MESYUARAT SRS MENGGUNAKAN RADIO DI KRT KERTEH

Assalamualaiakum dan Salam sejahtera,

Satu perjumpaan telah diadakan di Balai Polis Kerteh untuk sesi penerangan berhubung dengan Skim Rondaan Sukarela menggunakan Radio Amatur bagi kawasan Mukim Kerteh.

Alhamdullilah program perjumpaan telah berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan, terima kasih kepada tuan insp Jamali - Ketua Balai Polis Kerteh diatas kesudian beliau untuk memberi laluan kepada program SRS ini sekaligus menjalinkan kerjasama antara penduduk Kerteh dan Balai Polis Kerteh.

Webmaster

PESTA BOLA TRG - NS DI BASE TUAN PRESIDEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Pelbagai menu telah dihidangkan oleh Tuan Presiden antaranya ialah, Sup Ekor, Singan Tulang, Singan Pedas ikan baung , ikan lampan goreng dan lain lain,,,


Sup ekor special 9W2DMM

Singan tulang rusuk

Webmaster

Sunday, October 30, 2011

TRIP KONVOI KE MELAKA

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Trip WPC ke Negeri Melaka, konvoi ini turut disertai oleh wakil Helang Recreation Club iaitu Abg Fazli - 9W2FZP / Sierra 41.

Webmaster

BOWLING SANTAI KELUARGA HRC

Assalamualaaikum dan Salam Sejahtera,

Program santai keluarga sambil bermain bowling telah dijayakan sepertimana yang telah di infokan sebelum ini, alhamdullilah program santai ini berlangsung dengan penuh ceria dengan hilai tawa dan gelagat tersendiri dari rakan rakan , pelbagai gelagat yang melucukan sempat dirakan oleh lensa Biro Media HRC.

Ahli Keluarga Helang Recreation Club
Webmaster