Thursday, November 24, 2011

HAPPY BIRTHDAYS - MR PRESIDENT HRC

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih untuk Abg Cherool , Datin Ruby dan Qaseh diatas kejutan untuk Tuan Presiden. Selamat Hari Lahir untuk Tuan Presiden yang dihormati lagi disayangi, kami warga HRC akan terus menyokong Tuan Presiden dan HRC.

Webmaster

Tuesday, November 22, 2011

HAPPY BIRTHDAYS - MR PRESIDENT HRC

VIDEO - PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA - INDONESIA

Assalamualaaikum dan Salam Sejahtera,

Gelagat disaat meraikan kemenangan ,,, adussss sayang


Webmaster

FINAL MATCH MALAYSIA VS INDONESIA - SEA GAMES

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Gelagat gelagat yang sempat dirakam lensa media HRC semasa perlawanan akhir diantara Malaysia dan Indonesia , waduh waduh gamat sekali,, akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia, tahniah dan tahniah untuk Malaysia.

TAKLIMAT PENGGUNAAN RADIO AMATUR UNTUK KRT - SRS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah , program taklimat penggunaan Radio Amatur anjuran Helang Recreation Club dibawah kelolaan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional - Daerah Dungun telah berjaya diadakan sepertimana yang telah dijadualkan. Sambutan dari semua kalangan KRT Daerah Dungun amat baik dan mohon dipercepatkan bagi tujuan bersama.

Para Tetamu Undangan
Taklimat disampaikan oleh Presiden HRC - En Afandi Mohamed
Ucapan aluan dari En Baharuddin - Pegawai Kanan Jabatan Perpaduan - Dungun
Webmaster

Saturday, November 19, 2011

PROGRAM MALAM SEKALUNG BUDI - TADIKA TMN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Malam Sekalung Budi anjuran Tadika Perpaduan Taman Murni Perdana, sekalung ucapan terima kasih kepada En Amran Mohamed Pengerusi Tadika dan KRT Taman Murni Perdana diatas kesudian menjemput Presiden dan rakan rakan HRC.

Webmaster

Wednesday, November 16, 2011

REPEATER LINKING TERBAHARU DARI HRC

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, satu repeater linking telah berjaya disiapkan untuk tujuan persedian Jaluran Muhibbah Terengganu Kita menghadapi musim tengkujuh. Terima kasih kepada Biro Komunikasi

Webmaster

HAPPY BIRTHDAY - MR VICE PRESIDENT HRC - 9W2ISE

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Kami seluruh warga kerja dan keluarga HRC mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Tim Presiden HRC - Abg Issey 9W2ISE - Sierra 02 , doa dari kami semua agar Abg Issey dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan diakhirat...amin

Webmaster

Sunday, November 13, 2011

INFO - JENAYAH BOLEH BERLAKU DIMANA JUA. HATI HATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekadar nak kongsi dgn semua. semalam saya lunch dgn ADH security kt sini. Hari sebelumnya dia ada cakap dgn saya, "jom balik dah pukul 6". Semasa kami makan, tiba2 dia tanya,"semalam ingat tak saya ckp saya nak balik pukul 6".

Dia pon memulakan cerita. Sebaik meninggalkan Giant Nusa Bestari beliau ke stesen minyak Petronas berdekatan utk mengisi minyak. Semasa sedang mengisi myk, datang sebuah kereta Honda Accord yg nampak masih baru dibeli datang ke sebelah pam tempat beliau mengisi minyak. Pemandu keluar dari kereta menuju ke kaunter pembayaran tanpa mematikan enjin memandangkan terdapat penumpang wanita di dalam kereta yang mungkin isteri beliau. Di belakang kereta tersebut datang sebuah Gen 2 dinaiki 3 lelaki berbangsa Cina.

Sebaik lelaki tersebut meninggalkan kereta dgn enjin yg tidak dimatikan, salah seorang lelaki dari kereta Gen 2 tadi tiba2 menerpa ke arah kereta Honda Accord yg ditinggalkan dan terus memecut kereta meninggalkan stesen minyak dgn diekori kereta Gen 2 dari belakang.

Keadaan stesen minyak pada ketika itu penuh dgn pelanggan dimana tidak ada satu pon pam yang kosong, tetapi tidak seorang pon tampil membantu kerana masing2 sibuk memegang nozel (sekarang kebanyakan stesen minyak layan diri). ADH Security tadi juga tak mampu berbuat apa2 kerana beliau menaiki motosikal.

Sebaik selesai mengisi minyak beliau keluar menuju jalan balik & melalui simpang 4 yg ada traffic light di hadapan Giant Nusa Bestari. Beliau lihat ramai org berkerumun & saksi menyatakan ada seorang wanita telah terjun dari sebuah kereta berlumuran darah di atas jalan.

ADH security tersebut kemudian kembali ke stesen minyak utk mengambil pemandu Honda Accord tadi & membawa ke tempat di mana wanita tersebut kemalangan dan sudah pengsan. Ada kemungkinan wanita tersebut bukan terjun tapi ditolak keluar oleh lelaki yang melarikan kereta tersebut. Kepada semua, berhati2lah bila mengisi minyak kereta.

Arahan utk mematikan enjin semasa mengisi myk perlu dipatuhi. Kunci kereta semasa meninggalkan kereta utk membuat pembayaran. Jika ada penumpang lain didalam kereta, minta mereka kunci kereta dari dalam. Ini yg saya & kawan2 dah praktikkan sejak dari dulu.

Kita mungkin bukan sahaja kehilangan kereta tetapi org yg kita sayang. Bayangkan kalau yg di dalam kereta itu anak kecil. Apakah yg mampu mereka lakukan. Kalau tak dihumban keluar dari kereta mungkin dijual kpd sindiket penjualan organ. Mungkin jadi pengemis. Sekian, harap sebarkan.

Webmaster

Tuesday, November 8, 2011

SALAM PERANTUAN AIDIL ADHA 2011 DARI LAUTAN SAMUDERA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kiriman foto sekitar sambutan Hariraya Aidil Adha 2011 di Pelantar minyak yang terletak 138 km dari Pulau Labuan dimana Tuan Presiden kita mencari rezeki.

Terima kasih kepada Tuan Presiden diatas kiriman foto2 ini. Doa dari kami warga HRC semoga Tuan Presiden dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Antara menu yang disediakan ,, sedap duk laut lah lagu ning,,,
Webmaster

Saturday, November 5, 2011

PERUTUSAN SALAM AIDIL ADHA DARI WARGA HRC

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha 2011

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga Helang Recreation Club mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Adha 2011 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ampun dan maaf kami pinta sekiranya ada salah laku , tersalah kata , tersilap bicara disepanjang perkenalan dan persahabatan.


Salam ukhwah dari kami - HRC Terbaekkk


Webmaster

Friday, November 4, 2011

SRS BERSEPADU PAKA DAN KERTEH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gabungan kerjasama rakan rakan Amatur HRC Paka - HRC Kerteh , Balai Polis Paka dan Balai Polis Kerteh .... memantapkan lagi jaluran SRS , Rakan Cegah Jenayah dan Unit Kawalan Kampung,
Terima kasih kepada Tuan Presiden HRC SR 1 Fandi 9W2DMM , Cif Insp Mahadi 9W2WSV ( OCS Balai Paka ) , Insp Jamali ( OCS Balai Kerteh ) , Dato' Ir Hj Azmi, 9W2WSC, 9W2LER, 9W2EAZ, 9W2PDY, 9W2XAR, 9W2CPI, 9W2ZFI, 9W2JLN, 9W2FSO, 9W2PZ,9W2WSC, 9W2FZP , dll

Webmaster