Program Malam Sekalung Budi bagi menghargai jasa guru guru dan murid dari Tadika Perpaduan Taman Murni Perdana.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Kanan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Dungun - En Baharuddin Abdul Ghani dan diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Helang Recreation Club - En Afandi Mohamed
Kami Warga kerja dan seluruh keluarga Helang Recreation Club mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Kak Nor - 9W2DAH, doa dari kami agar Kak Nor dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat. amin
Salam Maal Hijrah untuk semua Warga HRC dan Seluruh Rakyat Malaysia. Semoga dengan kehadiran Bulan Hijrah 1433 ini menambahkan lagi amal ibadat dan amalan kita kepada Allah S.W.T
Alhamdullilah kelas pertama RAE telah berjaya diadakan pada 22 Nov 2011 di perkarangan kuarters TNB, terima kasih kepada 9M2AVB - Abg Joe selaku tenaga pengajar.
Terima kasih untuk Abg Cherool , Datin Ruby dan Qaseh diatas kejutan untuk Tuan Presiden. Selamat Hari Lahir untuk Tuan Presiden yang dihormati lagi disayangi, kami warga HRC akan terus menyokong Tuan Presiden dan HRC.
Gelagat gelagat yang sempat dirakam lensa media HRC semasa perlawanan akhir diantara Malaysia dan Indonesia , waduh waduh gamat sekali,, akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia, tahniah dan tahniah untuk Malaysia.
Alhamdullilah , program taklimat penggunaan Radio Amatur anjuran Helang Recreation Club dibawah kelolaan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional - Daerah Dungun telah berjaya diadakan sepertimana yang telah dijadualkan. Sambutan dari semua kalangan KRT Daerah Dungun amat baik dan mohon dipercepatkan bagi tujuan bersama.
Para Tetamu Undangan
Taklimat disampaikan oleh Presiden HRC - En Afandi Mohamed
Ucapan aluan dari En Baharuddin - Pegawai Kanan Jabatan Perpaduan - Dungun