Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman rakan rakan yang dihormati , pancarulang ( repeater )
9M4RBT telah mengalami kerosakan teknikal dah telah diturunkan dari
Puncak Bukit Bauk.
Kerja kerja membaik pulih telah dijalankan, satu set repeater yang baru
dijangka siap dalam masa terdekat. Untuk repeater baru kami telah
menyediakan alatan seperti berikut : -
1 - ICOM IC2200H
2 - ICOM V8000
3 - ICOM V8
Untuk makluman rakan rakan semua peralatan diatas telah didahulukan
oleh seorang rakan.
Kami dari HRC / PEMANCAR Zon Dungun amat mengalu alukan sumbangan
ikhlas dari rakan rakan semua. Sumbangan boleh diberikan kepada
1 - Fandi - 9W2DMM
2 - Isham - 9W2ISE
3 - Ramli - 9W2RET
4 - Zulkifli - 9W2ZBI
5 - Cherool - 9W2WSC
P/S : Untuk sementara waktu jaluran yang akan diguna pakai ialah
V28 ( 145.350 )
Webmaster
Monday, August 30, 2010
Sunday, August 29, 2010
SALAM MERDEKA
Saturday, August 28, 2010
9M4RBT MAINTENANCE










Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Untuk makluman tuan / puan pancarulang ( repeater ) 9M4RBT telah
diturunkan kerana mengalami masalah teknikal . Repeater akan di naikkan
setelah kerja kerja membaiki siap dilakukan.
Terima kasih kepada rakan rakan yang telah mendaki ke puncak Bukit Bauk
pada 28 Aug 2010,, pendakian bermula pada jam 1230 malam dan berakhir
pada jam 01.45 pagi.
Ribuan terima kasih kepada 9W2DMM, 9W2AJO, 9W2RWK, 9W2SUM , 9W2KDR
Syabas kepada Tuan Presiden dan Biro Teknikal HRC.
webmaster
Tuesday, August 24, 2010
PILIHAN MENU DARI BRO ZAIM - ZMV





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Menu dari lautan , dari Turkeminstan dan dari 9W2ISE - Bro Isham , tibalah pula
menu pilihan Tuan Bendahari kita Bro Zaim, hok paling dok tahan sikit kita tengok
ketupat sotong dengan pulut lepa,,, membakar nafsu,,aduhaiiii,,sabor sabor,,,
webmaster
Saturday, August 21, 2010
SALAM PERANTAUAN DARI TURKMENISTAN - 9W2BRD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu terima diucapkan kepada Abg Bad - 9W2BRD yang sudi
berkongsi beberapa keping photo yang telah diambil dengan rakan rakan HRC
Terlebih dahulu salam perantauan kami ucapkan kepada Abg Bad yang kini berada
di Turkmenistan ,,,, apa apapun jauh dimata tapi dekat dihati rakan rakan di Malaysia
khususnya rakan rakan HRC,,,,,
webmaster.....
MENU BERBUKA - 9W2ISE




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Menu Tim Presiden HRC - 9W2ISE yang simple tapi cukup menggoda nafsu
dan minda, Less kolesterol dan simple, kerana hampir semua bahan di grill...
Bila pok ise nok jemput kita makan menu lagu ni,,,sedop doh rase....
webmaster
Saturday, August 14, 2010
RAMADHAN - DI PELANTAR MINYAK









Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Salam ramadhan buat rakan rakan yang dihormati lagi disayangi,
Sekadar berkongsi dgn rakan rakan didaratan, pahit manis berbuka
puasa di tengah Laut Cina Selatan,
Presiden
Wednesday, August 11, 2010
ANUGERAH BALAI POLIS CEMERLANG







Foto : 10 Aug 2010 time 10.45 am,,,,9W2LER, 9W2WSC, 9W2YNN, 9W2ZBI , 9W2YMM
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Untuk makluman , rakan rakan HRC telah dijemput oleh PDRM Daerah
Dungun di majlis penerimaan Anugerah Balai Polis Cemerlang peringkat
Negeri Terengganu yang akan disampaikan oleh Ketua Polis Terengganu.
HRC Webmaster
Tuesday, August 10, 2010
Monday, August 9, 2010
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
ANUGERAH BALAI POLIS CEMERLANG
Kami Warga HRC dan PEMANCAR Zon Dungun ingin mengucapkan sekalung
tahniah kepada Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor dan
Ketua Polis Balai Paka - Cif Insp Mahadi Husin diatas peranugerahan
Balai Polis Cemerlang yang telah diberikan kepada Balai Polis Paka.tahniah kepada Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor dan
Ketua Polis Balai Paka - Cif Insp Mahadi Husin diatas peranugerahan
Tahniah dari kami
webmaster / Presiden / Wakil PEMANCAR Zon Dungun
PROGRAM BERSAMA ROS



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Untuk Makluman , HRC telah dijemput untuk menerima surat dan sijil
perlantikan dari ROS ( Pendaftar Pertubuhan ).
Majlis penyampaian Surat dan Sijil Perlantikan akan disempurnakan oleh
Y.Bhg Dato' Haji Md. Alias bin Hj. Khalil, Pengarah Pendaftar Pertubuhan
Malaysia.
webmaster
KERATAN AKHBAR AKTIVITI HRC

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Untuk makluman rakan rakan ,Sinar Harian Edisi 08 Ogos 2010
telah menyiarkan aktiviti HRC dengan PSMZA bersama masyarakat
Kuala Jengal , Dungun.
Kami dari HRC ingin merakam ribuan terima kasih kepada SINAR HARIAN
diatas kerjasama yang diberikan dengan menyiarkan foto dan artikel riadah
tersebut.
webmaster
Saturday, August 7, 2010
HRC & TURTLE CREWS MOTORSHOW















Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
Untuk makluman , Rakan rakan HRC di Turtle Crews Motorshow di Padang
Merdeka Daerah Dungun.
Keceriaan rakan rakan HRC semasa mengendalikan program ini dikongsi bersama
dengan adik adik dari Turtle Crews.
HRC diberi penghormatan untuk menjadi juri dan mengadili pertandingan motorshow ini.
Terima kasih dari HRC untuk adik adik dari Turtle Crews,,,,
Jadilah Penunggang yang berhemah,,, jauhi dari sebarang aktviti Lumba Haram,,,,
Sayangi Nyawa,,,,,,Sayangi Keluarga,,,,,Hidup Ceria,,,,,Keluarga Bahagia
webmaster / presiden
Subscribe to:
Posts (Atom)