Sunday, July 24, 2011

KEMALANGAN YANG MENIMPA ALONG - 9W2APJ

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera

Semoga cepat sembuh di ucapkan kepada salah seorang ahli Pemancar, Ahmad Khairul Anwar pemegang callsign 9W2 APJ atau lebih mesra dikenali oleh rakan-rakan ham dengan pangilan Along.

Kejadian berlaku pada Tanggal 1hb Julai 2011, dimana beliau telah di rempuh oleh seorang "Mat Rempit" yang cuba melepasi sekatan polis lalu terbabas. Akibat dari rempuhan tersebut, Along kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu atas kecederaan patah dan memerlukan rawatan dilakukan ke atas kaki beliau.

Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, bolehlah melawat beliau di WAD 6A. Bersama-samalah kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan tugasan beliau seperti sebelumnya. AMIN


Sumber dari website PEMANCAR.
Webmaster