Tuesday, July 19, 2011

AWAS TIPU MUSLIHAT PENJAHAT

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,



Awas sindiket curi maklumat peribadi
SHAH ALAM – Satu sindiket curi maklumat peribadi atau ‘phishing’ dikesan bergiat aktif menerusi e-mel, baru-baru ini.


Sindiket terbabit dikatakan mampu melesapkan wang simpanan dalam akaun bank mangsa.

Laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mendedahkan, sindiket itu didapati memperdayakan mangsa dengan menghantar e-mel yang kelihatan seolah-olah dikirim syarikat berdaftar diketahui umum.

Sindiket akan minta maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, akaun bank dan kata laluan penerima e-mel, kemudian penjenayah akan ‘phish’ maklumat peribadi penerima jika mangsa menaipkan ‘username’ atau nombor akaun berserta kata laluan pada ruangan disediakan dalam laman web pautan berkenaan.

Selain itu, terdapat juga mangsa yang membeli barang secara atas talian dengan membuat bayaran melalui kad kredit, tertipu melalui taktik berkenaan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi masing-masing kepada individu asing, terutamanya jika melibatkan maklumat akaun bank.

‘Phishing’ mengarahkan pengguna memasukkan butiran pada laman web tertentu dan ia adalah teknik kejuruteraan sosial untuk memperdaya mangsa.


Sumber Berita dari akhbar Sinar Harian Online versi 19 Julai 2011.

Webmaster