Monday, July 26, 2010

TRIP KE CENGAL BESAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, satu trip mengiringi pelajar dari IPTA dan IPTS ke Air Terjun Cemerong dan Cengal Besar di Pasir Raja Dungun akan diadakan. Berikut serba sedikit info untuk trip ini.

Tarikh : 31 Julai dan 1 Aug 2010
Tapak Perkhemahan : Base Camp Air Terjun Cemerong.
Tempat Berkumpul : Base 9W2DMM - Paka
Masa Bertolak : Jam 0730 pagi ( 31 Julai 2010 )

Program : 31 Julai 2010
0730 pagi - Bertolak ke Air Terjun Cemerong
0830 pagi - Tiba Di Air Terjun Cemerong
0835 pagi - Mengiring pelajar seramai 200 orang untuk melakukan aktiviti
kemasyarakatan bersama penduduk Kg Pasir Raja.
1230 tgh - Makan tengahari bersama penduduk Pasir Raja.
0500 ptg - Pulang ke Base Camp - Air Terjun Cemerong dan Bermalam di Base Camp

Program : 01 Aug 2010
0800 pagi - Bertolak ke Cengal Besar
Trip ini akan di pandu arah oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Pihak HRC akan mengiringi dan memberi khidmat komunikasi.

1230 tgh - Pulang ke Base Camp - Air Terjun Cemerong
0230 ptg - Majlis Bersurai

Rakan yang telah memberi kehadiran adalah seperti berikut
1 - 9W2DMM
2 - 9W2YMM
3 - 9W2ZBI
4 - 9W2WSC
5 - 9W2ISE
6 - 9W2WNA
7 - 9W2TQA
8 - 9W2MPN
9 - 9W2XAR
10 - 9W2DRZ
11 - 9W2RET
12 - SWL SUE

Kepada yang ingin turut serta dan tidak mempunyai pacuan 4x4 boleh
berhubung dengan Presiden , Tim Presiden dan Setiausaha. Tempat
kosong masih banyak lagi sekitar 15 kekosongan tempat duduk dari
8 pacuan 4x4.

Kepada yang ingin turut serta sila berikan nama berserta saiz t-shirt anda
sebelum 27 Julai 1230 tengahari.

webmaster

MESYUARAT AJK HRC



Assalmualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman kepada semua, satu mesyuarat AJK HRC telah
diadakan pada 25 Julai 2010, di Kedai Nasi Kukus Paka 1.

Pelbagai agenda telah dibincangkan , antaranya ialah

1 - Melantik Penolong AJK
AJK Kebajikan - 9W2XAR - En Mustafa
Penolong 1 - 9W2HSB - Tn Hj Sabri
Penolong 2 - 9W2LER - En Anis

AJK Teknikal : 9W2FQL - En Faqrul
Penolong 1 - 9W2WSC - En Azroy
Penolong 2 - 9W2IAR - En Mohd Ikhwan

AJK Rekreasi - 9W2ZBI - En Zulkifli
Penolong 1 - 9W2MPN - En Pauzi
Penolong 2 - 9W2MTN - En Mat Zian

AJK Logistik - 9W2TQA - Tengku Din
Penolong 1 - 9W2YNN - En Yusmaizy
Penolong 2 - 9W2RWK - En Ridwan

AJK IT - Webmaster - 9W2DAH - Pn Norafidah
Penolong 1 - 9W2BRD - En Badri
Penolong 2 - 9W2AJO - En Joe

2 - Mencari Sumbangan / Dana untuk penubuhan Rondaan Cegah
Jenayah dan Bantuan Kecemasan.

3 - Mengenal pasti program yang akan dianjurkan dan diadakan.

4 - Mencari wakil HRC untuk majlis penerimaan sijil perlantikan dari
Y.Bhg. Dato' Haji Md. Alias B HJ. Kalil - Pengarah ROS Malaysia.

5 - Program Field Day pada 07 Aug 2010 - Pantai Paka

6 - Trip mengiringi konvoi pacuan 4x4 seramai 200 peserta dari
IPTA / IPTS ke Air Terjun Cemerong dan Cengal Besar di Pasir
Raja , Dungun. Pada 31 Jul dan 01 Aug 2010.


Harap Maklum

webmaster

RAKAN HRC DI BOWLING JEMPUTAN TNB









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, program bermain bowling jemputan / anjuran
TNB - Power Station telah diadakan di Pusat Bowling Mesra Mall Kemasik
Terengganu , pada 24 Julai 2010.

Pelbagai aksi dan ragam telah dipaparkan oleh peserta peserta yang
menunjukan kehebatan masing masing. Program muhibbah ini telah
berjaya dan melibatkan dari pelbagai agensi.

webmaster

Wednesday, July 21, 2010

DVD KONVOI MOTORSIKAL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DVD konvoi bermotorsikal yang dianjurkan bersama
HRC / MAXXIS TYRE dan PDRM telah pun siap dan sedia
untuk menjalani sesi pra tonton.

Kepada yang berminat ingin mendapatkan DVD berkenaan
bolehlah berhubung dengan AJK HRC.

webmaster

HALAMAN FACEBOOK HRC



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang budiman, halaman FACEBOOK HRC
telah diaktifkan.

Kata Kunci HRC TRG

Harap maklum

webmaster

Monday, July 19, 2010

TRIP KE CENGAL BESAR PASIR RAJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan , rakan rakan yang dihormati, satu program
yang dirancang bersama Politeknik Dungun dan HRC akan diadakan untuk
membawa pelajar pelajar politeknik Dungun ke Pasir Raja Dungun.

Tarikh yang dirancang : 1 Ogos 2010 - Ahad.
Maklumat lanjut akan kami infokan. Memandangkan hari ahad itu adalah
hari berkerja kepada kebanyakan ahli ahli, pihak HRC akan bereyeball
untuk mendapatkan pandangan dari rakan rakan ahli.

Sedikit Info untuk Rakan rakan

Trip pacuan 4x4 yang akan dianjurkan bersama oleh Politeknik Dungun
dan juga Kelab Rekereasi Helang.
Ekpedisi offroad ini adalah bertujuan mendedahkan rakan rakan pelajar
berkenaan dengan flora dan fauna yang dimiliki oleh hutan di persekitaran
Pasir Raja , Dungun , Terengganu.

Trip akan dibawa melihat Pokok Cengal terbesar di dunia dan tertua
di dunia , ukuran ukurlilitnya ialah 16.75 meter ( 55 kaki ) ,
ketinggian 65 meter ( 213 kaki ) dan berusia 1300 tahun.
Ianya telah tercatat dalam Malaysian Book of Record.

Presiden - 9W2DMM

Saturday, July 17, 2010

TRIP KELUARGA MENJAMU SELERA








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang budiman, satu trip keluarga
untuk menjamu selera akan diadakan.Sesi menjamu selera ramai ramai
rakan HRC sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang mulia.

Aturcaranya adalah seperti berikut,

Tempat : Sempadan Kuantan / Kemaman - Chendor
Tarikh : 24 Julai 2010 - Sabtu
Jam : 1200 Tengahari ( lepas makan solat di Masjid Geliga )

Menu :
1 - Singan Pedas Special Ikan Baung Sungai
2 - Ikan Kerisi Goreng Special
3 - Ayam Kampung Goreng Special
4 - Ulam - ulam

Marilah ikut kita pakat try sekali, ambe try acapkali doh,,kalu ambe
kata power tu,,deme pakat pakat cayalah,,,,,ermmmm ermmmm

9W2DMM

Thursday, July 15, 2010

COMMUNITY POLICING


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua , keratan akhbar dari SINAR HARIAN versi
14 Julai 2010.

Dari Kiri , INA, LER, ZBI, ZFI, Tuan Mahadi, AJO, RWK, DMM, YMM
Dari Kiri - Bawah , TQA, WSC, Kasih & Izwan

Terima kasih kepada Akbar Sinar Harian.

Sumbangan dari AJO


webmaster

Wednesday, July 14, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010




Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010


http://www.hamfest.my/

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Urusetia : LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )

Tuesday, July 13, 2010

KERATAN SINAR HARIAN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan, Berita tentang HRC ada di
Akbar SINAR HARIAN yang bertarikh 13 Julai 2010. Terima
kasih kepada Akbar Sinar Harian - Skuad Cakna Versi Negeri
Terengganu diatas berita tersebut.

webmaster

Sunday, July 11, 2010

MESYUARAT AGUNG PERTAMA HRC










Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua , Mesyuarat Agung Pertama Kelab Rekreasi Helang
telah berjaya diadakan di Pejabat Intekma Sdn. Bhd, pada 10 Julai 2010
bermula 0800 hingga 1200 malam.

Kami dari HRC ingin merakam ucapan ribuan terima kasih kepada 9W2HBA
dan 9W2DAH kerana diatas kesudian beliau memberi laluan kepada HRC untuk
menggunakan pejabat beliau sebagai tempat untuk diadakan AGM.

harap maklum

webmaster

Saturday, July 10, 2010

AGM HRC YANG PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua sahabat / ahli HRC dan pelawat budiman. Mesyuarat Agung Pertama
Kelab Rekreasi Helang Dungun Terengganu telah berjaya diadakan di tempat dan tarikh
seperti yang dinyatakan dalam email dan website rasmi HRC.

Terima kasih kepada sahabat sahabat yang menghadiri majlis AGM ini, kepada yang
tidak dapat menghadirkan diri pembayaran yuran ahli boleh di buat terus kepada
Presiden , Tim Presiden , Setiusaha atau Bendahari.


Foto foto kenangan sepanjang AGM telah diuploadkan.

webmaster

Friday, July 9, 2010

KONVOI BERMOTORSIKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Foto - foto kenangan sepanjang berlangsung konvoi bermotorsikal
ke Kuala Terengganu.

Selamat Berkonvoi - Utamakan Keselamatan

webmaster

KONVOI BERMOTORSIKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Foto - foto kenangan sepanjang berlangsung konvoi bermotorsikal
ke Kuala Terengganu.

Selamat Berkonvoi - Utamakan Keselamatan

webmaster

KONVOI BERMOTORSIKAL











Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Foto kenangan sesi konvoi bermotorsikal dari Mukim Paka ke
Kuala Terengganu untuk menyaksikan Terengganu Cup Prix
Konvoi bertolak dari Balai Polis Paka setelah selesai sesi
taklimat keselamatan dari Presiden HRC - En Fandi Mohamad
dan Ketua Balai Polis Paka - Cif Insp Mahadi Hussin , konvoi seramai
1oo buah motorsikal dan akan diringi oleh marshall dari HRC , PDRM ,
MAXXIS TYRE dan Bong Huat Motor.

webmaster

TAKLIMAT KESELAMATAN HRC & PDRM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman , sesi taklimat keselamatan dari Helang Recreation Club
dan PDRM - Balai Bolis Paka untuk Konvoi Rakan rakan bermotorsikal dari
Mukim Paka ke Kuala Terengganu anjuran bersama MAXXIS Tyre dan Bong Huat Motor.

Taklimat disampaikan oleh
1 - Cif Insp Mahadi - Ketua Balai Polis Paka
2 - Fandi Mohamad - Presiden HRC
3 - SM Tawang
4 - En Mahusin
5 - En Shukri

Selamat Berkonvoi,,, utamakan keselamatan

webmaster

Tuesday, July 6, 2010

EYEBALL RAKAN DARI KUALA BERANG

Assalamualaikum

Kami dari HRC ingin mengucapakan terima kasih diatas kunjungan
rakan - rakan dari Kuala Berang yang bertandang dan bereyeball di Base
9W2DMM.

webmaster

Sunday, July 4, 2010

RIADAH KELUARGA - DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,,,

Untuk makluman semua rakan rakan ,,,foto foto kenangan Riadah Keluarga
HRC dan PEMANCAR Zon Dungun di Pantai Teluk Lipat Dungun , pada 2 Julai 2010

Terima kasih diatas kehadiran rakan - rakan semua. Semoga majlis ini diberkati
dan dapat mengeratkan lagi ikatan talisilaturahim.

webmaster

RIADAH KELUARGA - DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,,,

Untuk makluman semua rakan rakan ,,,foto foto kenangan Riadah Keluarga
HRC dan PEMANCAR Zon Dungun di Pantai Teluk Lipat Dungun , pada 2 Julai 2010

Terima kasih diatas kehadiran rakan - rakan semua. Semoga majlis ini diberkati
dan dapat mengeratkan lagi ikatan talisilaturahim.

webmaster

RIADAH KELUARGA - DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,,,

Untuk makluman semua rakan rakan ,,,foto foto kenangan Riadah Keluarga
HRC dan PEMANCAR Zon Dungun di Pantai Teluk Lipat Dungun , pada 2 Julai 2010

Terima kasih diatas kehadiran rakan - rakan semua. Semoga majlis ini diberkati
dan dapat mengeratkan lagi ikatan talisilaturahim.

webmaster

Friday, July 2, 2010

RIADAH KELUARGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan puan majlis riadah keluarga sambil menjamu selera
dengan pelbagai juadah berjaya diadakan di Pantai Teluk Lipat Dungun, pada
2 Julai 2010, Jam 0400 petang.

Kami dari HRC ingin merakam ucapan ribuan terima kasih diatas kehadiran
ahli ahli HRC dan PEMANCAR Zon Dungun.

webmaster

Thursday, July 1, 2010

RAE 2010 -10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman foto foto kenangan sepanjang RAE 2010-2
berlangsung, tahniah kepada yang mengambil RAE dan kami
hari HRC mendoakan agar rakan rakan beroleh kejayaan.

webmaster

RAE 2010 -10


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami dari HRC ingin mengucapkan tahniah kepada rakan - rakan HRC yang
telah berjaya menduduki peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) untuk sesi 2010-2.

Kami mendoakan agar kejayaan mengiringi anda,,amin,,, dan bertambah lagi
rakan rakan amatur di Zon Dungun dan Terengganu amnya.

webmaster