Monday, July 30, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SANTAI BERSAMA KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

HRC dan Rakan CPS Paka merancang mengadakan satu majlis berbuka puasa yang berkonsepkan Pot Luck. Setiap keluarga diminta untuk menyediakan satu lauk dan dua jenis kuih muih. Jemputan adalah terbuka kepada sesiapa yan ingin turut serta.

Nasi putih / minuman . bekas minuman / pinggan akan disediakan. Para keluarga dikehendaki membawa alas atau tikar masing masing. Kepada rakan HRC sila pakai baju rasmi HRC , sesi bergambar akan diadakan untuk dimuat turun di FB / website dan juga akhbar.

Tarikh : 04 Aug 2012 , 
Hari : Sabtu
Jam 0600 petang, 
Tempat : Perkarangan Balai Polis Paka

Webmaster

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 2012

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak ,

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak yang mulia ini, kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga HRC ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga amalan kita ini diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t ...aamiin


Webmaster

Thursday, July 19, 2012

HRC DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama HRC terpahat di Puncak Gunung Kinabalu, terpahat lagi satu sejarah buat HRC. Sama sama kita memanjatkan doa agar Helang Recreation Club - HRC terus berdaya maju dan berjaya dalam mengharungi ranjau dan duri. 

HRC Terbaekkk

Webmaster

Friday, July 13, 2012

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ABG ZUL FAKHRY - 9W2ZFI

Assalamualaikum dan Salam Satu HRC,

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga HRC mengucapkan Salam Takziah kepada Abg Zulfakry - Sierra 25 - 9W2ZFI sekeluarga diatas pemergian Ayahanda tercinta pada 13 Julai 2012. Ayahanda beliau adalah kenalan kepada Tuan Presiden HRC semasa beliau bertugas di PMO - Petronas Carigali Kerteh.


Jenazah akan dikebumikan pada 13 julai 2012, selepas solat isyak di Kg Semayor, Kemasik. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman ,,aamiin..

Af-Fatihah

Webmaster