Monday, April 26, 2010

Peperiksaan RAE sesi 2010-2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Permohonan untuk Peperiksaan Radio Amatur sesi 2-2010 telah pun di buka, sila rujuk pada lampiran di bawah.
Tarikh Peperiksaan : 30hb Jun 2010 - Rabu - Jam 0200 ptg
Tarikh Tutup penyerahan borang : 14 Mei 2010 - Jumaat - Jam 0500 ptg

No Siri Peperiksaan : RAE 2010-2

Sila tuliskan nombor siri peperiksaan di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/Wang Pos atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan mestilah dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

Thursday, April 22, 2010

Rehlah Keluarga HRC / PEMANCAR Zon Dungun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Update on Activity yang akan dijalankan pada May 2010, kepada yang berkelapangan bolehlah turut serta.Kepada yang qrl boleh join di lain waktu.

Activiti : Rehlah bersama Keluarga
Tempat : Air Terjun Cemerong , Pasir Raja
Tarikh : 08 May 2010 , Sabtu
Jam : 10.00 pagi hingga 0200 petang.
Tempat Berkumpul : Base 9W2DMM (Kepada yang tinggal di Lokalan Paka, Dungun dan Kerteh)

P/S : Kepada yang tinggal dari lokalan lain, tempat berkumpul di hadapan Pejabat Hutan Almuktafibillah Shah ( Simpang Masuk ke Air Terjun Cemerong ). Jam 1030 pagi

Semua kemudahan asas disediakan antaranya ialah, Tandas yang Selesa, Surau, Kantin dan kawasan riadah yang selesa.

Eyeball akan diadakan rabu, 05 May 2010 jam 0930 malam, lokasi : Base 9W2DMM

Kepada yang belum pernah ke sana, silat lihat foto dibawah untuk melihat
pemandangan ringkas Air Terjun Cemerong, Pasir Raja, Dungun.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Jom SCUBA bersama 9W2MPN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan, Rakan kita 9W2MPN - Pak Pauzi telah terlibat dalam aktiviti
Scuba Diving dalam projek sukarela bagi memelihara dasar laut di persekitaran Pulau Perhentian.

Projek ini dikenali sebagai : REEF CLEAN UP 2010 - PERHENTIAN CHAPTER

Syabas untuk beliau dan kawan kawan diatas usaha murni yang telah dibuat. Kepada yang berminat untuk mengikuti aktiviti Scuba Diving ini bolehlah berhubung dengan webmaster HRC
untuk mendapatkan info selanjutnya dari 9W2MPN.

Sekian.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Wednesday, April 21, 2010

Rakan HRC-Trg di Puncak Gunung Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan, Rakan dari HRC-Trg iaitu 9W2ETE - Hasbullah dan SWL ZRY - Zery, telah berjaya ke Puncak Gunung Kinabalu pada 11 Apr 2010.

Sekalung penghargaan dan ucapan Syabas kepada beliau berdua. Kepada rakan rakan yang ingin
turut serta menawan Puncak Gunung Kinabalu bolehlah menghubungi saya ( Fandi - 9W2DMM ).

Untuk info , rakan satu tempat kerja saya adalah salah seorang coordinator untuk ke puncak
Gunung Kinabalu.

Sekian,

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Monday, April 19, 2010

EYEBALL PRA TONTON VIDEO AKTIVITI HRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan, kami rakan rakan HRC ber eyeball di base 9W2DMM untuk majlis pra tonton video aktiviti yang telah di buat sepanjang Jan hingga April 2010.

Antara video yang di tayangkan ialah

1 - Majlis Kacau Asyura bersama PDRM - Balai Polis Paka
2 - Majlis Rehlah Keluarga - Makan Durian / Ikan Celup Tepung
3 - Jogging dan Penyelenggaran Repeater 9M4RBT
4 - Program Memanah di Sekolah Men Sri Dungun
5 - Majlis Perkahwinan 9W2NAO

Semua Video berkenaan telah di siapkan oleh Bro Joe selaku Ketua AJK Media untuk HRC
Kepada yang ingin memiliki video diatas boleh lah menghubungi Presiden - 9W2DMM, Naib Presiden - 9W2ISE atau Setiausaha - 9W2RET.

Antara yang Hadir di Majlis pra tonton ialah
9W2DMM, 9W2YMM, 9W2IMM, 9W2WNA, 9W2WZA, 9W2HBA, 9W2DRZ, 9W2PDY, 9W2XAR, 9W2FQL, 9W2LER, 9W2WSC, 9W2WCS,SWL WAN,SWL JOE.

Terima Kasih diatas kehadiran rakan rakan untuk sesi pra tonton ini.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Saturday, April 17, 2010

Melawat 9W2ZAZ di Hospital Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Salamn Sejahtera

Untuk makluman tuan / puan , Saudara Cikgu Azizan Sudin ( 9W2ZAZ ) terlibat dalam satu kemalangan dan masih lagi berada di Hospital Kuala Trg Wad 7 A-B , Bilik No 7,

Alhamdulilah keadaan beliau sudah beransur pulih, kepada yang berkelapangan bolehlah
melawat beliau di HKT.

Sama samalah kita mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Friday, April 16, 2010

Mesyuarat Agung Pemancar - 16 Apr 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman kepada semua, Mesyuarat Agung Pemancar telah berjaya diadakan
dan berlangsung dalam suasana yang cukup baik disamping itu juga mempamerkan
keutuhan persahabatan di kalangan ahli.

Sekalung perhargaan dan tahniah kepada kepimpinan PEMANCAR yang baru, di ketuai oleh Cikgu Sabri - 9W2CRI selaku Presiden Pemancar bagi penggal 2010 - 2012.

Presiden : 9W2CRI - Cikgu Sabri
Naib Presiden : 9W2WSY - Wan Shukri
Setiausaha Agung : 9W2UMT - Fadli
Bendahari : 9W2KTJ - Puan Nani ( XYL kepada 9W2KTB )

Ajk Induk
1 - 9M2MSL - Shukri
2 - 9W2CZC - Zainal
3 - 9W2WSN - Ariff
4 - 9W2JYA - Puan Linda
5 - 9W2BHT - Hamdan
6 - 9W2BAL - Iqbal
7 - 9W2EPY - Epy

PEMANCAR ZON - DUNGUN : 9W2DMM - Fandi
PEMANCAR ZON - KUALA BERANG : 9W2PPT - Pak Zul
PEMANCAR ZON - KUALA TERENGGANU : 9W2SPR - Mizam
PEMANCAR ZON - KEMAMAN : TBA
PEMANCAR ZON - BESUT : TBA
PEMANCAR ZON - SETIU : TBA

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Wednesday, April 14, 2010

TRIP PHUKET 09 JUNE - 13 JUNE 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk info , HRC telah mendapat sedikit sebanyak maklumat berkenaan trip ke Phuket pada bulan June 2010 nanti.

09 June 2010 -0800 pagi - Berkumpul di Stesyen Minyak Petronas Rantau Panjang
Urusan : Mengisi Minyak , Pernukaran Wang

0900 - 1000 pagi - Urusan : Imigresen / Kenderaan /Passport /Insuran untuk Kenderaan

1000 - 1230 - Bertolak ke Hatyai / Makan Tengahari di Hatyai

0130 - 1700 - Bertolak ke Krabi dan Bermalam di Krabi / Check in dan acara bebas

10 June 2010 - 1000AM - 1300PM - Bertolak ke Phuket / Check In dan acara bebas

11 June 2010 - Full day di Phuket - Apa yang rakan rakan boleh nikmati ialah
Shooting , Buggy , Bungy, Tour dgn Gajah, Diving, Snokerling, Parasailing
dan sememangnya shooping.... Untuk kanak kanak - Fantasea Show

12 June 2010 - 1000 AM - Check out dari Hotel - Phuket dan menuju ke Hatyai

1700 ptg - Tiba di Hatyai / Check in / acara bebas

13 June 2010 - 1000 AM -Check out dari Hotel - Hatyai dan menuju ke Sungai Golok
1400 PM - Tiba di Sungai Golok untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing2

Kepada yang berminat untuk menyertai , Rm 500 akan di minta dari kalangan rakan rakan
yang menyertai pada bulan May 2010. Bayaran itu adalah untuk urusan Hotel dan Makan
Anggaran Bayaran itu hanyalah untuk 4 malam dan tertakluk 1 bilik untuk satu keluarga, sebarang tambahan bilik peserta perlu membayar lebihan tersebut.Lebihan atau kekurangan RM akan di infokan kepada semua ahli.

Sekian

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com


Majlis Perkahwinan 9W2NAO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman , foto kenangan di majlis perkahwinan adinda ipar kepada Penasihat HRC-Trg
iaitu 9W2HBA, untuk info adinda ipar beliau memegang callsign 9W2NAO. Majlis ini juga di hadiri oleh rakan kepada 9W2HBA iaitu 9M2FRI - Mr Martin Essenberg yang berasal dari Belanda (Holland) .

Untuk 9W2NAO ,,,,Semoga beliau berbahagia dan ikatan itu kekal hingga ke akhir hayat.

Fandi - 9W2DMM
HRC - Trg / PEMANCAR - ZON Dungun


Trip Menjamu Sup Belut ,,,Round 3

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan , Rakan rakan HRC menikmati SUP BELUT di lokalan 9W2CRI
di Pela. Kepada yang belum mencuba , bolehlah sama sama menikmati di trip yang lain.

Ermmmmm,,,,, best

Fandi 9W2DMM

HRC - Trg