Monday, April 26, 2010

Peperiksaan RAE sesi 2010-2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Permohonan untuk Peperiksaan Radio Amatur sesi 2-2010 telah pun di buka, sila rujuk pada lampiran di bawah.
Tarikh Peperiksaan : 30hb Jun 2010 - Rabu - Jam 0200 ptg
Tarikh Tutup penyerahan borang : 14 Mei 2010 - Jumaat - Jam 0500 ptg

No Siri Peperiksaan : RAE 2010-2

Sila tuliskan nombor siri peperiksaan di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/Wang Pos atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan mestilah dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

No comments:

Post a Comment