Monday, July 19, 2010

TRIP KE CENGAL BESAR PASIR RAJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan , rakan rakan yang dihormati, satu program
yang dirancang bersama Politeknik Dungun dan HRC akan diadakan untuk
membawa pelajar pelajar politeknik Dungun ke Pasir Raja Dungun.

Tarikh yang dirancang : 1 Ogos 2010 - Ahad.
Maklumat lanjut akan kami infokan. Memandangkan hari ahad itu adalah
hari berkerja kepada kebanyakan ahli ahli, pihak HRC akan bereyeball
untuk mendapatkan pandangan dari rakan rakan ahli.

Sedikit Info untuk Rakan rakan

Trip pacuan 4x4 yang akan dianjurkan bersama oleh Politeknik Dungun
dan juga Kelab Rekereasi Helang.
Ekpedisi offroad ini adalah bertujuan mendedahkan rakan rakan pelajar
berkenaan dengan flora dan fauna yang dimiliki oleh hutan di persekitaran
Pasir Raja , Dungun , Terengganu.

Trip akan dibawa melihat Pokok Cengal terbesar di dunia dan tertua
di dunia , ukuran ukurlilitnya ialah 16.75 meter ( 55 kaki ) ,
ketinggian 65 meter ( 213 kaki ) dan berusia 1300 tahun.
Ianya telah tercatat dalam Malaysian Book of Record.

Presiden - 9W2DMM

No comments:

Post a Comment