Tuesday, November 16, 2010

SALAM EID-UL ADHA - FPSO KIKEH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Hariraya Eid ul Adha bakal menjelang tiba , saya selaku Presiden untuk Kelab Rekreasi Helang ( HRC ) dan juga warga FPSO KIKEH ingin mengucapkan Salam Eid-ul Adha kepada semua warga HRC dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Pelantar Terapung Pertama di Malaysia

Sambil menjamu selera dan menjalani ibadah korban , ruangkan secebis ingatan buat kami yang jauh di perantauan. Doa dari kami semoga segala ibadah kita diterima dan kepada yang menunaikan Haji , semoga mendapat Haji yang sempurna dan diterima oleh Allah s.wt. amin

Inilah FPSO KIKEH - 128 km dari Pulau Labuan , 2500 Km dari Terengganu, keluasannya menyamai 3 buah padang bola dan boleh menyimpan sebanyak 2 juta barrel minyak mentah dan kedalaman air hampir kepada 5000 kaki.
Menjulang gagah setelah dinobatkan menjadi Pelantar Laut Dalam Pertama di Malaysia atau lebih dikenali
KIKEH Deepwater Oilfiled

Saya dan keluarga ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada salah silap di sepanjang saya menerajui HRC dan juga selaku Bekas Pengerusi Zon PEMANCAR Dungun.
Dari

Fandi - 9W2DMM
Youhani - 9W2YMM
Nurul Fadhilah - 9W2IMM
Nurul Farhana
Mohd Fakhrul Hakimi
Mohd Fakhrul Izwan
Mohd Fakhrul Hafiz

Webmaster -
Perutusan Mesej dari Tuan Presiden HRC - 9W2DMM

No comments:

Post a Comment