Sunday, November 7, 2010

9M4RBT - MAINTENANCE PROGRAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Biro Repeater HRC akan mengadakan program penyelanggaran 9M4RBT di Puncak Bukit Bauk

Kepada yang berkelapangan anda di jemput untuk bersama sama ke Puncak Bauk disamping dapat beriadah sambil menikmati udara yang nyaman dan segar sekali,,,,,,,

Sedikit info berkenaan dengan Repeater ( Pancarulang ) 9M4RBT ,

9M4RBT ini adalah Repeater Generasi ke 4 , Repeater Siri - 4 ini mula berfungsi pada 02 Sept 2010 dan ianya adalah hakmilik HRC Trg dan menggunakan AA dari PEMANCAR Negeri Terengganu dengan menggunakan Frekuensi 147.000 , Offset-600 , Tone 123.0 .

Penggantian Repeater ini adalah kerana repeater sebelumnya telah mengalami kerosakan terkena panahan kilat dan mengalami kerosakan teknikal yang serius.

Kerja kerja naik taraf menggunakan bekalan letrik secara tetap telah berjaya dilakukan pada tarikh yang tertera pada batu bersurat diatas puncak bauk iaitu pada 11-Julai-2009. Yang telah menelan kos sebanyak Rm 3800.00.


Sentuhan akhir dari 9W2IAR bagi kerja naik taraf power supply untuk 9M4RBT
Abg Yus - 9W2YNN duk syok memotong simen untuk laluan kabel ke 9M4RBT
9W2ERZ, 9W2TQA , 9W2BRD, 9W2IAR , 9W2WNA

Alhamdullilah berkat doa dan kesungguhan rakan rakan disamping sumbangan ikhlas rakan rakan , projek naik taraf ini telah berjaya,,,,alhamdullilah,,,amin.

Webmasater

No comments:

Post a Comment