Wednesday, November 26, 2014

KEMBARA AMAL KE HATYAI SIRI 10 ANJURAN CRC TRG

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

CRC telah aktifkan Kembara Amal Jalinan Kasih Siri 10 ke Hatyai yang akan dijadualkan pada 13,,14,,15 March 2015 sempena cuti sekolah.


Tempat pertemuan semua peserta konvoi di Masjid Beijing , Rantau Pnjang pada jam 0730 pagi. Konvoi akan mula berlepas memasuki sempadan Malaysia / Thailand pada jam 0800 pagi.


Konvoi akan menyampaikan sumbangan kepada Abg Lie untuk naik taraf Masjid Sungai Padi. Semua peserta konvoi diminta untuk mencari dana sumbangan ikhlas ini.

Apa yang diperlukan ialah Passport Antarabangsa, Geran Asal Kenderaan dam sekiramya memandu kenderaan orang lain , pemandu kenderaan dikehendaki mendapatkan surat akuan perlepasan memandu dari tuan asal. 

Contoh surat akuan boleh didadapti dgn AJK Konvoi - Fandi - Sierra 1, Hp 0199131333.

Admin