Thursday, March 22, 2012

PROGRAM AMAL BERSAMA TV9 - ADIK NUR HIDAYAH

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Lawatan amal Warga HRC dan TV9 di rumah Adik Nur Hidayah yang terlantar koma akibat terjatuh di dalam longkang besar di Kg Mak Chili , Kemaman , kedaifan keluarga dan penderitaan adik Nur Hidayah ini telah tersiar di akhbar dan Warga HRC ingin turut sama berkongsi penderitaan itu dengan menghulurkan   sumbangan ikhlas bagi pihak kelab. 
Insyallah Warga HRC akan menyusul dengan sumbangan seterusnya setelah melihat sendiri keperluan asas sewaktu lawatan  semalam , antaranya ialah peti ais dan lampin pakai buang. Tersentuh hati melihatkan ubat ubat adik Nur Hidayah disimpan didalam bekas ais kerana ketiadaan peti ais dirumah beliau. Kepada yang berkemampuan ,,jom kita pakat pakat memberi sumbangan sedaya yang mungkin bagi meringankan bebanan keluarga Adik Nur Hidayah ini.










Webmaster