Thursday, August 18, 2011

HATI HATI KETIKA BERSEORANGAN

Assalamualaaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

BESUT - Seorang guru perem-puan mengalami igauan ngeri apabila diacukan pisau pemotong daging oleh seorang daripada dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian samun di rumahnya menyebabkan keru-gian RM6,000 di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan barang kemas, wang tunai serta dokumen penting miliknya lesap disamun lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika kejadian itu mangsa baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah rendah di sini.

Menurutnya, ketika mangsa berada di rumah bersama seorang anaknya berusia 11 tahun, dia didatangi dua lelaki tidak dikenali berpura-pura bertanyakan suami mangsa.

“Menyedari suami mangsa yang juga seorang guru tidak ada di rumah, suspek bertindak mengeluarkan pisau pemotong daging dan menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa.
“Suspek mengugut mangsa dan meragut rantai leher dan gelang tangan emas yang dipakai mangsa,” katany.

Kamaruddin memberitahu lagi, suspek turut melarikan satu beg mengandungi wang tunai sebanyak RM2,000, sebuah telepon bimbit dan beberapa dokumen penting lain termasuk kad kredit.

Menurutnya, mangsa tidak melihat jenis kenderaan yang dinaiki suspek sebaliknya hanya mendengar sahaja deruman ekzos di luar rumahnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.
Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Beliau menasihati kepada masyarakat terutama wanita atau warga emas yang tinggal bersendirian supaya sentiasa berwaspada ekoran sejak kebelakangan ini beberapa kes samun dan ragut yang menjadikan golo-ngan ini sebagai mangsa berlaku di daerah ini.

Sumber - Akhbar Sinar Harian - versi 18 Aug 2011

Webmaster