Thursday, January 14, 2010

Majlis Perjumpaan Kali Ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman tuan / puan, serba sedikit info perjumpaan HRC-Trg untuk kali ke 2.

Terlebih dahulu kami dari HRC-Trg mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran rakan rakan untuk perjumpaan HRC-Trg pada 13 Jan 2010, bertempat di Kedai Nasi Kukus no 3.

Terima kasih juga kepada Tuan C.Insp Mahadi selaku OCS Balai Polis Paka dan juga Penasihat Keselamatan HRC-Trg di atas kehadiran beliau di Majlis perjumpaan HRC-Trg untuk kali ke 2.

Antara Agenda yang di bincangkan ialah Majlis Gotong Royong Membuat Asyura di Balai Polis Paka anjuran bersama HRC-Trg dan juga Balai Polis Paka.

Majlis tersebut akan di adakan pada 16 Jan 2010 , Sabtu dan bermula dari jam 0800 pagi dan berakhir sehingga bubur asyura sedia untuk di agihkan.

Kata sepakat telah diambil 2 kawah dari Pihak HRC-Trg dan 1 kawah dari pihak Balai Polis Paka.

Anggaran Kos untuk satu kawah ialah Rm 200. Anggaran semua kos adalah Rm 600.

Perjumpaan akan di adakan sekali lagi untuk mengenal pasti sekiranya ada keperluan yang tertinggal untuk majlis itu pada hari Jumaat, 15 Jan 2010 , Jam 11.00 pagi bertempat di Balai Polis Paka.

Kepada yang ingin membuat sumbangan untuk majlis ini boleh memberi sumbangan tuan / puan kepada :

En Fandi - 9W2DMM - Presiden
En Isham - 9W2ISE - Tim Presiden
En Wan - 9W2WNA - Setiausaha
En Ramli - 9W2RET - AJK Rekreasi
En Mustafa - 9W2XAR - AJK Kebajikan
En Azmi - 9W2POD - AJK Logistik

Insyallah kita juga sedang berusaha untuk mengadakan pertandingan sampingan untuk anak anak yang hadir.Kepada anak anak yang berumur 6 tahun kebawah dan 7 hingga 9 tahun boleh lah membawa pencil warna untuk pertandingan mewarna.

Kehadiran dari rakan rakan amat di alu alu kan , di samping dapat berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara rakan rakan dan juga pihak polis. HRC-Trg adalan untuk semua tidak mengira samada rakan ham ataupun sebaliknya kerana ianya
adalah sebuah kelab rekreasi.

Bubur asyura ini akan di agihkan kepada rakan / rakan dan juga masyarakat setempat.
Semoga usaha murni dan sumbangan kita ini mendapat rahmat dan keredaan dari yang esa.


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden HRC-TRG
Email : fandie_m@yahoo.com
Callsign : 9W2DMM , HP No : 019 9131333


No comments:

Post a Comment